popia sira rangup

Popia sira yang rangup memang menjadi kegemaran ramai! Hidangan ini mudah didapati, sama ada di pasar malam atau gerai tepi jalan.

Jika anda ingin cuba membuatnya sendiri, jom MyResipi kongsikan satu resipi mudah yang boleh anda ikuti.

Dengan resipi ini, popia sira dijamin kekal rangup walaupun selepas digaul dengan sambal. Yang lebih menarik, popia juga tidak pecah selepas digoreng.

Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya!

Baca juga: Resipi Murtabak Mini Guna Kulit Popia, Tak Perlu Uli Doh

RESEPI POPIA SIRA RANGUP

popia sira rangup

Bahan-bahan:

Cara-cara

1. Sagat halus kubis dan lobak merah. Pastikan semua bahan betul-betul kering. Kalau basah, popia akan pecah.

2. Keringkan beberapa jam sebelum digulung.

3. Pastikan gulungan kena padat.

4. Selepas popia siap digulung, goreng dalam minyak yang panas.

5. Kena pandai main api supaya popia tak hangus. Goreng sampai ia nampak agak garing.

6. Angkat popia dan ketepikan seketika sambil buat sambal sira pula.

Bahan sambal sira:

  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan cili kering kisar
  • 1 sudu kecil garam

Cara buat sampal sira:

  1. Satukan semua bahan dan masak sampai berbuih likat.
  2. Sejukkan terlebih dahulu sebelum gaul dengan popia yang sudah digoreng tadi.
  3. Gaul sehingga sambal bersalut rata pada popia.
  4. Selamat mencuba!

Kredit: Qaseh Iman’s

Baca juga: Tips Popia Tidak Berminyak & Kekal Rangup Selepas Digoreng, Ini Rahsianya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN