popia seaweed gulung

Seaweed sangat popular dalam hidangan makanan Jepun dan ada yang gunakannya sebagai bahan utama dalam kudapan. Salah satu kudapan tersebut ialah Popia Seaweed Gulung.

Kudapan ini cukup diminati ramai setiap kali perayaan malah satu balang pun rasa tak cukup kerana mesti nak lagi. Senang cerita, memang laku keras!

Mak-mak memang pantang ada waktu lapang. Mesti rajin nak buat kudapan ini. Sambil makan, sambil tengok movie. Rangupnya tu memang layan.

Buat anda yang meminati kudapan dan belum pernah merasa kudapan ini, kami cadangkan anda cuba buat sendiri. Cara untuk hasilkannya juga cukup mudah.

Seperti yang dikongsikan oleh Masnita Hamid di Facebook, nak sediakannya tak perlukan modal yang besar dan boleh ajak anak-anak buat sekali!

Baca juga: Popia Nestum Cara SIMPLE, Hanya Guna 4 Bahan Saja!

RESIPI POPIA SEAWEED GULUNG

popia seaweed gulung

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Masukkan telur ke dalam mangkuk, pukul ringan sehingga rata. Ia digunakan sebagai pelekat kulit popia.

2. Sapukan telur ke atas sehelai kulit popia, kemudian letakkan sekeping seaweed di atasnya. Nak dapat banyak, potong 3 bahagian seaweed, 1 set kulit popia sapukan adunan telur sekali lagi di atasnya dan lekatkan dengan sehelai kulit popia lagi.

3. Gulungkan. Boleh gunting kecil-kecil mengikut bentuk yang disukai. Buat sehingga habis semua kulit popia dan seaweed.

popia seaweed gulung

4. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.

5. Popia seaweed gulung yang rangup sedia untuk di hidang.

Jika anda biasa gunakan kulit popia untuk membuat popia goreng, kali ini bolehlah buat kudapan ini sebagai kelainan.

Diingatkan supaya anda jangan lupa simpan di dalam bekas kedap udara supaya tidak lemau. Biar terus rangup, baru seronok makan seisi keluarga.

Orang yang tidak suka makan seaweed pun boleh makan Popia Seaweed Gulung ni sampai berulang kali. Kalau tak percaya, cubalah!

Sumber: Facebook Masnita Hamid

Baca juga: Tips Popia Tidak Berminyak & Kekal Rangup Selepas Digoreng, Ini Rahsianya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN