popia pepero

Petang-petang biasanya mesti kita nak makan snek yang ringan dan sedap. Sekarang dah muncul snek paling menarik iaitu Popia Pepero yang rangup dimakan!

Pepero adalah sejenis snek biskut berbentuk batang yang berasal dari Korea Selatan. Kebanyakan pepero disalut bersama coklat dan badam hancur dengan pelbagai perisa.

Kali pertama dengar Popia Pepero, memang terkejut dibuatnya. Snek ini memang lain dari yang lain kerana ia menggunakan kulit popia, bahan paling mudah didapati di pasar raya!

Idea snek menarik iaitu Popia Pepero oleh Adilah Bte Othman daripada Facebook ini cukup digemari. Snek ini tak perlu diletakkan di dalam peti sejuk. Jom cuba!

Baca juga: Popia Seaweed Gulung Tak Guna Modal Banyak, Gulung Terus Siap

RESIPI POPIA PEPERO

popia pepero

Bahan-bahan:

  • Kulit popia (sebarang jenama)
  • Coklat gelap
  • Coklat putih
  • Oreo
  • Badam

Cara-cara:

1. Jika guna kulit popia yang besar, potong kepada 4 bahagian, gulung dan lekatkan hujungnya dengan air. Jika guna kulit popia yang kecil pula, terus gulung saja dan lekatkan hujungnya dengan air.

2. Goreng sehingga keperangan.

3. Cairkan coklat putih dengan menggunakan kaedah double boil. Apabila sudah cair, celup pada kulit popia dan balut pula dengan Oreo.

4. Jika menggunakan coklat gelap, balutkan dengan badam. Sedikit rumit kerana badam perlu disangai terlebih dahulu. Siap!

Kerangupan kulit popia bersama kemanisan coklat, memang bakal buat ramai terliur. Bukan kanak-kanak saja, malah orang dewasa juga sukakan snek seperti Popia Pepero ini.

popia pepero

Selepas siap, anda boleh letakkannya di dalam bekas kedap udara supaya ia tetap rangup. Jika nak puas makan, nampak gaya kenalah buat banyak!

Ia sememangnya nikmat dimakan sambil menonton movie. Bila makan, terasa seperti makan Pepero yang sebenar tau.

Anda juga boleh jadikan Popia Pepero ini sebagai idea snek untuk hari raya. Makan sekali, pasti nak lagi.

Selamat mencuba!

Sumber:  Adilah Bte Othman

Baca juga: Jom Buat Popia Gulung Serunding, Lipat Ikut Cara Ni Kalau Nak Mudah & Cepat Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN