pokok terung

Pokok terung dekat rumah dah tua? Jangan terus buang, ini ada tips untuk rawat balik supaya kembali subur dan berbuah semula. 

Kebiasaannya, pokok terung yang dah tua selalunya kurang buah dan kalau ada pun saiz buahnya makin kecil. Bila lihat pokok begini, kita pun akan tebang dan tanam pokok baru.

Baca juga: Lebatkan Pokok Limau Purut Dalam Pasu, Lelaki Ini Kongsi TIP 

Jadi, jangan terus buang pokok ini. Ada cara yang boleh dilakukan untuk ‘mudakan’ kembali pokok ini supaya subur dan berbuah semula. Caranya dikongsi oleh Encik Ibrisam Wossali di laman Facebook.

Jom kita lihat tips nak mudakan balik pokok terung di rumah.


CARA ‘MUDA’KAN BALIK POKOK TERUNG

Jika sahabat ada tanam pokok terung, lama kelamaan hasilnya pasti semakin berkurangan dan buahnya menjadi kecil sebab pokoknya dah semakin tua. Jangan terus buang pokoknya. Kita boleh remajakan atau mudakan semula pokok tersebut.

Ini kaedah dan caranya:

1. Kerat semua dahan atau ranting yang dah tua.

2. Kemudian gembur tanah dalam pasu tersebut. Akar-akar yang berada pada permukaan tanah kalau terputus pun tak apa. Lagi baik.

3. Selepas itu tabur tahi ayam dan beri baja kopi pada masa yang sama.

4. Hasilnya, lebih kurang dalam enam minggu selepas itu, pokok akan tumbuh subur dan merimbun serta berbuah semula.

Inilah hasilnya selepas lebih kurang 6 minggu

Bila dah berbuah ini, memang sedap nak masak pelbagai sajian mengunakan terung ini. Lagipun, banyak khasiatnya yang kita boleh dapat. Antaranya:

  • Kaya zat besi
  • Rendah kalori
  • Tinggi serat
  • Menjaga kesihatan jantung
  • Mencegah diabetes
  • Tulang lebih sihat dan kuat

Semoga tips ini bermanfaat!

Baca juga: Rawat Pokok Kari Yang Ada Bintik Hitam, Wanita Ini Kongsi PETUA

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN