Piza truffle wagyu adalah hidangan yang menggabungkan rasa creamy, masam, manis, dan cheesy dalam setiap gigitan. Tambahan lagi, rasa truffle yang mewah dan bahan berkualiti seperti wagyu serta keju premium, pizza ini pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.
Untuk pengetahuan pembaca, truffle merupakan kulat yang tumbuh di bawah tanah dan makanan termahal di dunia kerana ia memerlukan penjagaan yang rapi serta mengambil masa yang panjang untuk tumbuh.
Jom kita cuba resipi ala T20 ini dengan buat sendiri di rumah!
Baca lagi: Jom Buat Donut Susu Minion Ni Pulak, Lembut & Gebu Macam Kapas!
Bahan-Bahan Doh Pizza:
Bahan Topping Pizza:
Cara Membuat Doh Pizza:
1. Dalam mangkuk, satukan air suam, minyak, madu, dan dry yeast instant. Kacau sehingga sebati dan biarkan sehingga yis berbuih.
2. Masukkan tepung dan garam ke dalam campuran yis. Gaulkan sehingga membentuk doh.
3. Sapu sedikit minyak dalam bekas bersih, masukkan doh, dan tutup dengan kain atau penutup. Rehatkan selama 30 minit.
4. Tarik dan lipat doh ke empat penjuru, kemudian rehatkan lagi selama 30 minit. Ulang proses ini sebanyak tiga kali (3 set).
5. Setelah selesai, bahagikan doh kepada tiga bahagian (atau dua untuk saiz pizza besar). Bentukkan doh menjadi bulat dan biarkan ia naik dua kali ganda saiz asal.
6. Setelah doh siap, ia boleh digunakan untuk membuat pizza.
Penyediaan Pizza:
1. Set oven pada suhu 230°C selama 10 minit.
2. Bentukkan doh pizza dan letakkan topping pilihan anda, termasuk minyak truffle, black truffle pate, wagyu, dan campuran keju.
3. Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar pada suhu 230°C selama 15-17 minit atau sehingga masak.
4. Untuk mendapatkan aroma smokey dan truffle yang lebih menyerlah, gunakan fire gun selepas pizza dimasak.
Nota: Masa pembakaran bergantung pada jenis oven yang digunakan.
Bahan-Bahan:
Cara Penyediaan:
1. Campurkan semua bahan dalam periuk kecil dan kacau sebati.
2. Panaskan di atas dapur seketika sehingga pekat.
3. Tutup api dan sedia digunakan.
Tip: Sos ini bukan sahaja sesuai untuk pizza, tetapi juga sebagai pencicah bersama kerepek kentang atau tortilla.
Sumber: Fienaz Shafie
Baca lagi: Telur Masak Tomato Tanpa Bawang, Resipi Pantas Ini Dapat Pikat Selera Keluarga!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…