sayur segar

Mak-mak pasti kecewa jika melihat sayur yang disimpan telah layu di dalam peti ais. Jangan risau, ada beberapa petua berguna untuk jadikan sayur segar semula daripada layu.

Sayur telah menjadi salah satu barang dapur paling penting untuk digunakan sewaktu memasak. Boleh dikatakan, sesuatu hidangan lauk itu tak lengkap tanpa sayur di sisinya.

Mak-mak perlu guna sayur segar untuk menyediakan hidangan sempurna buat keluarga di rumah supaya nutrisinya tak hilang. Tapi, bagaimana jika sayur yang nak digunakan telah pun layu?

Bagi menyelesaikan masalah itu, kami kongsikan beberapa petua yang mak-mak boleh guna untuk jadikan sayur segar semula daripada terus layu. Jom kita tengok!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Sayur Goreng Kekal Hijau, Hasil Cantik Dan Tak Layu!

PETUA JADIKAN SAYUR SEGAR DARIPADA LAYU

  • Rendam dalam air sejuk

sayur segar

Rendam sayur yang layu dalam mangkuk berisi air sejuk (boleh tambah ais) selama 30 minit hingga 1 jam. Ini membantu mengembalikan kelembapan dalam sel sayur, menjadikannya lebih segar semula. Cara ini sesuai untuk sayuran berdaun seperti sawi, bayam, atau salad.

  • Gunakan tuala basah

sayur segar-2

Balut sayur yang layu dengan tuala dapur yang basah, kemudian masukkan dalam beg plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam. Ini akan membantu sayur menyerap kelembapan semula.

  • Rendam akar atau batang sayur

Jika sayuran masih mempunyai akar atau batang seperti sawi atau kangkung, potong sedikit hujungnya dan rendam bahagian akar atau batang dalam air sejuk selama 30 minit. Air akan naik ke dalam sayur dan menjadikannya segar kembali.

  • Gunakan semburan air

Buat sayur-sayuran yang agak kering di permukaan, semburkan sedikit air pada daun atau permukaan sayur, kemudian simpan dalam peti sejuk di dalam bekas tertutup atau beg plastik.

Dengan menggunakan petua-petua ini, anda boleh memanjangkan kesegaran sayur-sayuran yang layu dan mengurangkan pembaziran.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nur Huda

Baca juga: Tips Simpan Jagung Tahan Lama Sampai 3 Minggu, ‘Confirm’ Tak Kecut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN