masakan terlebih masin

Kadangkala tak sengaja letak garam atau perencah lebih, terutama apabila masak dalam kuantiti banyak. Tapi, masakan terlebih masin itu boleh diselamatkan dengan beberapa petua.

Dalam artikel ini, kami kongsikan 4 bahan mudah yang boleh menyelamatkan masakan terlebih masin dan sesuai untuk pelbagai jenis lauk berkuah, bersambal atau bergoreng.

Baca juga: Petua Hilangkan Bau Hangit Dalam Masakan, Selamatkan Guna Daun Ini Saja

4 PETUA MASAKAN TERLEBIH MASIN

masakan terlebih masin

Kredit gambar: mdjaff dari Freepik

1. Masukkan segenggam beras (letak dalam uncang kain)

Jika masakan jenis berkuah seperti sup, kari, atau masak lemak terasa terlalu masin, beras boleh jadi penyelamat paling cepat.

Cara guna:

  1. Ambil lebih kurang 2 hingga 3 sudu besar beras (atau segenggam).
  2. Masukkan ke dalam sehelai kain bersih.
  3. Ikat kemas dan rendam dalam kuah selama 10 hingga 15 minit.
  4. Rasa semula. Ulang kalau perlu.

Beras menyerap sebahagian garam daripada kuah tanpa mengubah rasa masakan. Tapi jangan biarkan terlalu lama, nanti kuah jadi terlalu tawar.

2. Guna roti putih.

Roti putih bukan saja sedap dimakan, tapi sangat berguna dalam dapur kerana ia boleh serap sebahagian rasa garam dengan cepat.

Cara guna:

  1. Letakkan sekeping dua roti putih ke dalam masakan yang masih panas.
  2. Biarkan terendam selama 5 hingga 10 minit.
  3. Angkat dan rasa semula lauk anda.

Roti sesuai untuk lauk berkuah dan sambal. Jangan kacau terlalu kuat supaya roti tak hancur dan buat kuah jadi berderai.

3. Masukkan kentang, keledek atau ubi kayu

masakan terlebih masin

Kentang, keledek dan ubi kayu boleh serap lebihan garam dalam kuah, sekaligus mengurangkan rasa masin dan jadikan masakan lebih sedap serta pekat.

Cara guna:

  1. Kupas dan potong kentang (boleh ganti keledek atau ubi) kepada saiz besar.
  2. Masukkan ke dalam kuah yang sedang mendidih.
  3. Rebus selama 10 hingga 15 minit atau sampai lembut.
  4. Boleh dikeluarkan semula atau dibiarkan dalam masakan.

Jika guna keledek, ia akan beri sedikit rasa manis, jadi sesuai untuk masakan seperti kari, sambal tumis atau gulai.

4. Titiskan sedikit cuka makan atau cuka epal

Jika tiada bahan penyerap seperti di atas, cuka boleh bantu mengimbangkan rasa masin dengan keasidan semula jadi.

Cara guna:

  1. Tambah 1 sudu teh cuka makan ke dalam kuah.
  2. Gaul rata dan rasa semula.
  3. Ulang dengan jumlah kecil sampai cukup rasa (jangan letak terlalu banyak sekaligus).

Asid dalam cuka bantu neutralkan rasa masin dan seimbangkan rasa, jadi ia sesuai untuk sambal, tomyam atau lauk berempah.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: freepik dari Freepik 

Sumber: NorbayaDahalan

Baca juga: Tips Memasak Bila Terlebih Pedas, Masin, Masam Dan Manis, Rupanya Kena Buat Macam Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN