Categories: Tips & Petua

Petua Masak Nasi Tak Cepat Basi

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-10-17 04:52:52

Rasa macam baru je masak nasi, tapi dah basi. Macam mana tu? Kan dah membazir kena masak balik. Kalaulah ada cara nak masak bagi tahan lama. Mesti korang nak tahu juga kan? Meh sini Min bagitau.

1. Basuh Beras Hingga Betul-Betul Bersih

Photo Credit: tastecooking.com

Kebanyakan orang ingat kalau basuh beras berulang-ulang kali akan hilang nutrisi dalam beras tu. Namun begitu, realitinya kalau kurang dibasuh, ia akan lebih cepat rosak selepas dimasak. Jadi, apabila tengah membersihkan beras, bilas dengan air berulang-ulang kali agar semua kekotoran keluar. Bilasan terakhir pula menggunakan air yang ditapis.

2. Perah Limau Nipis

Photo Credit: mnn.com

Sebelum mula masak nasi itu, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam pot beras yang dah diisi air. Jangan risau, rasa nasi itu takkan berubah! Sebaliknya bau nasi itu akan lebih harum dan tahan lebih lama sebab keasidan yang terhasil daripada perahan limau itu.

3. Pastikan Periuk Dicuci Bersih

Photo Credit: simplyhealthyfamily.org

Kadang kala kita tak perasan masih ada sisa kekotoran atau kerak nasi dalam periuk. Semua ini boleh memberi kesan kepada kualiti nasi selepas dimasak. Jadi perlu sentiasa prihatin terhadap kebersihan semasa memasak.

4. Masukkan Secubit Garam

Photo Credit: irishtimes.com

Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam untuk memastikan nasi yang dah masak tahan lebih lama, sedap dan juga kenyal. 

5. Hilangkan Wap Nasi Setelah Masak

Photo Credit: themom100.com

Sebaik sahaja butang "cook" berubah ke "warm" dekat rice cooker tu, buka penutupnya. Boleh juga kacau nasi itu supaya wapnya terkeluar. Dengan cara ini, nasi tersebut tidak akan menjadi lembab.

Itu lah antara cara-cara nak bagi nasi korang tahan lama sikit. Lain orang mungkin lain result selepas try cara-cara ini. Yang penting cuba dulu!

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago