petua makanan

Geram betul kalau makanan sering melekat pada kuali ketika sedang menggoreng. Lebih lagi jika menggoreng ikan, habis hancur isinya. Jangan risau, mari cuba petua makanan tidak melekat pada kuali di bawah. 

Jika anda praktikkan 5 tips ini, hasil gorengan akan menjadi cantik dan dijamin tidak melekat. Bukan itu saja, kuali juga lebih mudah untuk dicuci.

Baca juga: Bukan Sekadar Mitos, Ini 21 Petua Dapur Orang Dulu-Dulu Yang Dijamin Berkesan!

PETUA MASAKAN ELAK MAKANAN MELEKAT PADA KUALI

1. Garam

Masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan minyak. Setelah minyak dah cukup panas, sebelum menggoreng sama ada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. 

2. Asam gelugur

Anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak.

3. Guna minyak dan goreng asam jawa

Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.

4. Bawang putih 

Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tak melekat. 

5. Cuka atau limau nipis

Perapkan lauk dengan sedikit cuka atau asam limau nipis. Tak melekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan.

Sumber: Facebook Resepi Memikat Suami

Baca juga: Tips & Petua Mudah Halau Semut Dalam Gula, Hanya Letak ‘1 Bahan’ Dapur Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN