petua legakan batuk

Jika anda sedang mencari petua legakan batuk secara semula jadi, inilah salah satu petua tradisional masyarakat Jawa yang diamalkan turun-temurun, seperti yang dikongsikan oleh Puan Mizah Ngatiman.

Batuk yang berlarutan memang memenatkan, lebih-lebih lagi apabila tekak terasa perit dan badan mula sakit-sakit. Kadang-kadang, walaupun sudah habis sebotol ubat batuk, kahak masih sukar keluar.

Petua ini dipelajari dari nenek beliau dan sering diamalkan keluarganya setiap kali anak-anak batuk atau berkahak. Menariknya, rendaman bunga belimbing buluh ini tidak menyebabkan mengantuk, selamat diminum bila-bila masa, dan sesuai juga untuk kanak-kanak.

Baca juga: Cara Cepat Hilangkan Pijar Tangan Selepas Pegang Cili, Rasa Pedih Terus Hilang!

PETUA LEGAKAN BATUK GUNA RENDAMAN BUNGA BELIMBING BULUH

petua legakan batuk

Cara penyediaan air rendaman bunga belimbing buluh:

  1. Ambil segenggam bunga belimbing buluh yang segar.
  2. Cuci sekali lalu di bawah air dan toskan.
  3. Masukkan bunga ke dalam cawan atau jag.
  4. Curahkan air panas sehingga bunga terendam sepenuhnya.
  5. Tutup cawan dan biarkan 5–10 minit sehingga air berubah menjadi warna merah.
  6. Tapis dan sedia untuk diminum ketika masih panas atau suam.

Cara minum dan kekerapan:

  1. Minum 2–3 kali sehari atau sekerap yang diperlukan sehingga kahak keluar dan batuk berkurang.
  2. Bunga yang telah digunakan boleh direndam semula dengan menambah air panas sehingga warnanya hilang.
  3. Selepas itu, bolehlah menggunakan bunga yang baru.

Rasanya tawar dan selamat diminum oleh kanak-kanak. Ramai yang mendapati batuk mulai lega dalam masa dua hari selepas mengamalkan rendaman ini.

Petua tradisional ini bukan sahaja menjimatkan, malah menggunakan bahan semula jadi tanpa kesan mengantuk. Jadi, boleh diminum pada bila-bila masa sahaja. Semoga bermanfaat dan membantu melegakan batuk serta kahak dengan lebih cepat.

Sumber: Mizah Ngatiman

Baca juga: Cara Halau Tikus Dari Dapur Tanpa Racun, Confirm Tak Berani Tinggal Jejak lagi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN