laksa mee

Laksa mee merupakan sejenis mi yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya sebagai hidangan utama dalam menu seperti laksa utara, laksa penang dan laksa lemak.

Namun, salah satu cabaran utama bila menyediakan laksa dalam kuantiti banyak ialah ia mudah berlendir dan cepat rosak jika tidak disimpan dengan betul.

Jangan risau, ada satu rahsia mudah yang boleh anda buat supaya laksa lebih tahan lama dan tak berlendir.

Baca juga: Resipi Laksa Tumis Yang Pekat, Pedas & Penuh Aroma, Confirm Makan Sepinggan Tak Cukup!

PETUA LAKSA MEE TAHAN LAMA

laksa mee

Berikut merupakan langkah-langkah lengkap untuk pastikan laksa tahan lebih lama, tidak berlendir dan lebih bersih:

  1. Rendam dahulu laksa kering selama 3 hingga 4 jam dalam air biasa.
  2. Setelah laksa direndam, rebus laksa seperti biasa tetapi masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan.
  3. Selepas laksa kelihatan lembut, toskan dan cuci laksa dengan air bersih.
  4. Kemudian, masukkan laksa ke dalam bekas besar berisi air paip biasa dan rendam selama 20 hingga 30 minit.
  5. Selepas proses rendaman kedua selesai, angkat laksa dan toskan menggunakan penapis besar.
  6. Pastikan air benar-benar ditos keluar supaya laksa tidak menjadi berair bila disimpan.
  7. Laksa yang telah ditos dengan baik akan menjadi lebih bersih, tidak berlendir dan boleh tahan lebih lama.

Sumber: Suriani Mohd

Baca juga: 7 Tip Buat Kuah Laksam Yang Sedap & Berlemak, No. 2 Paling Penting Kena Ikut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN