Beras bila lama tak guna akan mula dimasuki kutu beras. Kadangkala, beras yang masih baru pun dah dimasuki binatang kecil ini. Kalau beras lama, tak sayang sangat nak buang. Kalau beras baru, sayang pula kan. Jadi, korang boleh guna cara ini untuk halau kutu dalam keras.
Baca juga: Tips & Petua Mudah Halau Semut Dalam Gula, Hanya Letak ‘1 Bahan’ Dapur Ini
Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna TikTok @nz.pgs, beliau ada menunjukkan cara paling mudah dan berkesan untuk mengeluarkan kutu beras yang penuh dalam bekas beras. Caranya sangat mudah, hanya guna bawang putih saja.
Ini cara-caranya:
1. Letak beras yang penuh dengan kutu beras ini dalam bekas terbuka.
2. Ambil satu labu bawang putih dan potong dua.
3. Letak bawang putih ini di permukaan beras atau benamkan. Biarkan seharian, kemudian boleh keluarkan kutu sudah keluar dari beras.
4. Hasilnya semua kutu beras akan keluar dengan sendiri dari beras tanpa ada satu pun tinggal. Beras akan bersih dan boleh digunakan.
Sumber: @nz.pgs
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…
Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…