bawang putih

Selalunya bila nak buat stok bawang putih kisar, mesti ia akan bertukar menjadi warna hijau dan tidak tahan lama. Tapi jangan risau, ada petua yang betul untuk menyimpannya.

Petua ini telah dikongsikan sendiri oleh Khabbab Jamalludin supaya tahan lama dan tidak berwarna hijau.

Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum sering digunakan secara meluas sebagai bahan perasa di dalam masakan.

Artikel berkaitan: 16 Jenis Potongan Bawang Ikut Hidangan, Lulus Ini ‘Confirm’ Mertua Suka!

Selain itu, terdapat pelbagai khasiat bawang putih yang turut optimalkan sebagai ubat untuk mencegah penyakit.

Oleh itu, bawang putih sering digunakan dalam masakan. Bahkan bagi yang sibuk akan memastikan bawang putih dikisar untuk di buat stok.

PETUA BAWANG PUTIH KISAR TAHAN LAMA DAN TIDAK BERTUKAR HIJAU

Kali ini saya nak kongsi kalau ada yang macam saya, kadang masak kadang beli, kalau masak kena “simple” dan cepat, dan kadang barang macam bawang tak sentiasa ada bekalannya.

Antara perkara yang ambil masa adalah penyediaan bawang putih. Disamping tak boleh simpan lama, nak kupas dia satu hal juga.

Jadi saya beli yang dah siap kopek dan buat pes bawang putih. Tak mahal pun. Macam dalam gambar ni dalam RM6 sahaja. Kalau nak masak tinggal ambil dan tambah dalam masakan; tumisan atau bukan.

1) Basuh dan blend bawang. Nisbah air : bawang 1:3.

2) Tumis dalam minyak banyak, agak agak tengelam bawang yang kita dah kisar tadi. Minyak dia fungsi sebagai pengawet supaya bawang tahan lama dan tak mudah teroksida (jadi hitam). Minyak juga berfungsi memastikan kepanasan dalam kuali sama pada semua bawang.

3) Masa mula mula masuk, guna api kuat dan lepas 10 saat tukar api sederhana kuat. Kena kacau selalu, supaya tak hangus dan dapat keluarkan air dalam bawang supaya tahan lama kalau disimpan. Tanda bawang dah sekata bila bawang dah mula keluar aroma dan dah mula meluap luap terpercik. Boleh tutup api.

4) Simpan dalam bekas yang mudah dibuka. Simpan dalam peti sejuk (tak perlu beku). Nak pakai tinggal senduk pakai sudu dan simpan kembali.

*saya tak sekalikan dengan bawang merah sebab biasa senang kupas dan tahan lama. Boleh nak buat pes tapi buat asing asing sebab kandungan air dalam bawang merah dan bawang putih berbeza

**siapa ada cara lain yang lebih baik, cadangan penambah baikan sangat saya alu alukan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN