Sayur lemak putih sentiasa menjadi kegemaran ramai pada waktu makan tengah hari. Siap ada petua nak buat sayur lemak yang lagi sedap dan aromanya berbau lebih wangi.
Seorang pengguna Facebook, Adiah Adam ada berkongsikan petuanya. Cara ini memang digunakan oleh orang lama sehingga sekarang. Jom lihat perkongsiannya di bawah.
Petua mak kalau masak sayur lemak tu nak bagi sedap tumbuk bawang, ikan rebus, kelapa dan lada hitam. Yang penting pakai lesung batu.
Aroma masakan tu lain tau. Sebab tu lah kalau mak kita masak diaorang suka guna lesung batu berbanding blender. Kekal sampai sekarang.
Anak-anak zaman moden macam kita ni bila ‘rajin’ berada pada SKALA 5 baru guna ni.
1. Tumbuk bawang, ikan rebus, kelapa dan lada hitam menggunakan lesung batu.
2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam santan.
3. Kacau sehingga menggelegak menggunakan api perlahan. Kemudian masukkan sayur. Perasakan dengan sedikit gula dan garam. Siap!
Kredit: Adiah Adam
Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…
Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…
Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…
Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…
Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…
Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…