sambal tumis

Menu sambal tumis tak kira sambal sotong, udang, ayam atau ikan sememangnya menjadi kegemaran ramai.

Boleh dikatakan hidangan ini wajib ada setiap hari dki atas meja, baru lagi puas makan.

Tapi tak semua orang pandai membuat sambal tumis yang sedap. Rupanya ada petuanya yang boleh kita guna yang telah dikongsikan oleh Dya Mira.

Cara Masak Sambal Tumis Sedap

1. Gunting cili kering dan buang biji. Kemudian rebus dan basuh sampai bersih. Kisar dengan 2 biji bawang besar.

2. Tumis cili kisar sampai naik minyak atau pecah minyak (masak cili lama sikit).

3. Letak asam keping/asam jawa, garam, gula dan secukup rasa. Kena bagi cukup rasa semua baru sedap.

Petua untuk sambal ikan bilis

1. Kisar bawang besar dalam 3 atau 4 biji. Kemudian tapiskan (buang air bawang tu).

2. Tumis bawang yang ditapiskan. Bila sambal dah kuning baru masukkan cili kisar. Rasa akan lagi sedap dan manis.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Dya Mira

Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Rangup & Berkerinting, Guna Satu Jenis Tepung Ini Saja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN