Sembelit adalah keadaan di mana seseorang sukar membuang air besar kerana terdapat kekotoran yang tersumbat pada bahagian usus.
Pemgambilan makanan yang berserat tinggi seperti sayur dan buah-buah adalah salah satu cara yang berkesan bagi mengatasi sembelit secara semula jadi.
Selain itu, banyak lagi cara lain yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah sembelit ini. Jom sama-sama baca info di bawah.
1. Ambil 2 ataupun 4 gelas air kosong dalam sehari. Kecuali jika doktor menasihati anda untuk mengurangkan pengambilan air disebabkan penyakit lain.
2. Bersenam pada kebanyakkan hari. Ini akan menyebabkan otot di bahagian usus menjadi lebih kuat.
3. Kurangkan pengambilan hasil produk tenusu kerana ia akan meningkatkan risiko sembelit.
4. Tingkatkan pengambilan serat seperti sayur dan buah-buahan.
5. Elakkan pengambilan kopi dan teh kerana ia akan menyebabkan penghasilan air kencing yang lebih banyak dan ini akan menjadikan najis lebih keras.
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…