pesamah daging

Kalau kenduri di belah-belah Utara, pasti menu wajib yang akan terhidang adalah pesamah daging. Kiranya, bukan kenduri kalau tak ada lauk ini.

Lauk ini harus dipadankan dengan nasi minyak serta acar jelatah, baru lah sedap. Bak kata pantun orang dulu-dulu.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

Jadi, jom tengok perkongsian oleh Mai Masak Bersama Kak Nurie.

Baca lagi: Cara Buat Daging Masak Ketumbar, Resipi Mudah & Sangat Sedap!

RESIPI PESAMAH DAGING

Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging, dipotong 10 ketul.

Bahan Tumis:

  • 1/2 cawan minyak masak.
  • 2 sudu besar minyak sapi.
  • 3 ulas bawang merah, dihiris.
  • 3 ulas bawang putih, dihiris.
  • 3 cm halia, dipotong mancis.
  • 1 batang kulit kayu manis.
  • 3 biji buah pelaga.
  • 1 kuntum bunga lawang.
  • 1 kuntum bunga cengkih.
  • 2 helai daun pandan, disimpul.
  • 3 tangkai daun kari.

Bahan Kisar:

  • 2 biji bawang besar.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 5 cm halia.
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam kasar.

Bahan Lain:

  • 1 ½ bungkus rempah kari daging.
  • Segenggam gula merah atau 1 keping gula kabung.
  • 1 cawan santan pekat.
  • 1 cawan susu cair.
  • 3 sudu makan kerisik.
  • Air asam jawa secukup rasa.
  • Sedikit garam.

Cara Penyediaan:

1. Gaulkan daging dengan bahan kisar, rempah kari daging, gula merah, serbuk lada hitam kasar, dan kerisik.

2. Panaskan minyak masak bersama minyak sapi. Tumis bahan tumis sehingga wangi dan sedikit garing.

3. Masukkan daging yang telah digaul tadi. Tambahkan air dan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak. Proses ini memakan masa lebih kurang sejam.

4. Apabila daging sudah lembut dan pecah minyak, masukkan santan, susu cair, air asam jawa, dan garam.

5. Masak dengan api perlahan sehingga kuah menjadi pekat dan betul-betul pecah minyak. Pesamah daging siap untuk dihidangkan.

Nota:

  • Untuk menyediakan nasi minyak, masak seperti biasa dan tambah sedikit pewarna kuning untuk warna yang menarik.

Sumber: Mai Masak Bersama Kak Nurie

Baca lagi: Resipi Daging Crispy Black Pepper, Sama Sedap Macam Di Restoran Cina

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN