Categories: Resipi

Cara Buat Serbuk Pati Ayam Homemade. Bebas Gula, Garam, MSG & Bahan Pengawet!

Rupanya kita boleh buat sendiri perasa serbuk ayam secara homemade. Cara membuatnya juga cukup mudah, hanya memerlukan beberapa bahan iaitu dada ayam, halia, serai dan juga air. 

Jika selalu beli yang sudah siap di pasaran, kali ini apa kata jom cuba buat sendiri di rumah. Lebih sihat kerana bebas bahan pengawet, MSG, garam dan gula yang tidak baik untuk kesihatan.

Baca juga: Doktor Kongsi Resipi Kiub Pati Ayam Homemade, Lebih Sihat & Tanpa MSG

PERASA SERBUK AYAM HOMEMADE

Bahan-bahan:

– 3 ketul dada ayam
– 1 ½ inci halia (diketuk)
– 2 batang serai (diketuk)
– Air (agak tenggelam dada ayam)

Cara-cara:

1. Basuh bersih dada ayam kemudian toskan.

2. Rebus dada ayam dengan serai dan halia sehingga hempuk atau lembut.

3. Angkat dan toskan buang air rebusan atau boleh simpan guna untuk buat sup. Carikkan atau leraikan dada ayam tadi.

4. Sangai isi ayam tadi atas kuali yang tidak melekat guna api kecil. Sangai sehingga garing dan keperangan.

5. Kemudian blend kering isi ayam tadi. Guna tapis utk dptkan tekstur serbuk. Ulang langkah sehingga dapst tekstur ysng kalian suka. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Nur Sakinah via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Serbuk Seasoning Cendawan ‘Homemade’, Perasa Semulajadi Tanpa Garam Dan MSG

Nasiha

Recent Posts

Nasi Ambeng Johor Versi Cepat Siap, Resipi Ringkas Tapi Cukup Menyelerakan

Jika anda lahir di Johor dan berketurunan Jawa, pasti suka makan Nasi Ambeng Johor yang…

1 hour ago

Cara Masak Beras Basmathi, Guna Tips Ini Baru Lembut Dan Berderai Elok!

Pelbagai jenis nasi dibuat menggunakan beras basmathi seperti nasi minyak, nasi beriani dan banyak lagi.…

21 hours ago

Resepi Kek Marble Gebu, Satu Adunan Saja Boleh Bakar Atau Kukus Dengan Mudah

Sesiapa saja yang suka makan kek pasti menyukai resepi Kek Marble gebu dan lembut. Lebih-lebih…

23 hours ago

Cara Mudah Buat Pancake Kapit Mini, Comel Sangat Sampai Anak Pun Suka!

Setiap hari mak-mak akan memikirkan hidangan yang mampu menarik selera anak. Oleh itu, kami nak…

23 hours ago

Ikan Siakap Pedas Manis, Lauk Ini Buat Satu Keluarga Makan Sampai Berselera!

Sudah sering pesan di restoran, jadi sekali-sekala bolehlah cuba masak Ikan Siakap Pedas Manis yang…

1 day ago

Kuih Apam Mekar Dengan 5 Bahan, Lembut Dan Kembang Gebu Hasilnya

Antara kuih yang sentiasa laku keras dan mendapat permintaan ramai adalah kuih Apam Mekar kerana…

1 day ago