Rupanya kita boleh buat sendiri perasa serbuk ayam secara homemade. Cara membuatnya juga cukup mudah, hanya memerlukan beberapa bahan iaitu dada ayam, halia, serai dan juga air.
Jika selalu beli yang sudah siap di pasaran, kali ini apa kata jom cuba buat sendiri di rumah. Lebih sihat kerana bebas bahan pengawet, MSG, garam dan gula yang tidak baik untuk kesihatan.
Baca juga: Doktor Kongsi Resipi Kiub Pati Ayam Homemade, Lebih Sihat & Tanpa MSG
PERASA SERBUK AYAM HOMEMADE
Bahan-bahan:
– 3 ketul dada ayam
– 1 ½ inci halia (diketuk)
– 2 batang serai (diketuk)
– Air (agak tenggelam dada ayam)
Cara-cara:
1. Basuh bersih dada ayam kemudian toskan.
2. Rebus dada ayam dengan serai dan halia sehingga hempuk atau lembut.
3. Angkat dan toskan buang air rebusan atau boleh simpan guna untuk buat sup. Carikkan atau leraikan dada ayam tadi.
4. Sangai isi ayam tadi atas kuali yang tidak melekat guna api kecil. Sangai sehingga garing dan keperangan.
5. Kemudian blend kering isi ayam tadi. Guna tapis utk dptkan tekstur serbuk. Ulang langkah sehingga dapst tekstur ysng kalian suka. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nur Sakinah via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Baca juga: Serbuk Seasoning Cendawan ‘Homemade’, Perasa Semulajadi Tanpa Garam Dan MSG