Peniaga sebuah gerai nasi lemak di Johor didakwa telah menyerang seorang pelanggan apabila mengadu makanan yang dijualnya terlalu mahal.
Menurut wanita yang bernama Huang, kakaknya iaitu pelanggan tersebut, enggan membayar dan memakan nasi lemak tersebut.
Baca juga: Resipi Sambal Bilis Nasi Lemak Terpaling Mudah Tapi Sedap
Insiden tersebut dipercayai berlaku di Skudai, Johor Bahru pada 10 Oktober yang lalu menerusi laporan Mothership.
Huang memaklumkan, dia ke tempat nasi lemak tersebut bersama kakak serta tiga orang anak saudaranya untuk membeli makanan tersebut.
Sebaik saja memesan nasi lemak dari gerai tersebut, mereka dikenakan caj sebanyak RM12 untuk makanan tersebut.
Huang mendakwa kakaknya taknak makan dan membayar nasi lemak tersebut kerana rasa tak berbalio dengan harga yang diberikan.
Seorang pejalan kaki yang kebetulan ada di situ turut memaklumkan kepada mereka harga tersebut dikira murah kerana kebiasaannya akan mengenakan caj sebanyak RM15.
Huang juga memaklum peniaga tersebut berang lalu bertindak menyerang mereka dengan baling nasi lemak tersebut ke arahnya serta keluarga.
Bukan itu saja, peniaga tersebut menolak wanita tersebut ke tanah serta mencurahkan kuah di kepala akibat berang.
Kejadian tersebut turut membuatkan orang ramai di situ terpaksa masuk campur bagi menghentikan pergelutan.
Huang juga mendakwa peniaga berkenaan hampir membawa keluar pisau di tangan dan hendak menyerang mereka tetapi berjaya dihalang oleh orang ramai bagi mengelakkan berlakunya insiden yang tak diingini.
Dalam pada itu pengurus di pusat penjaja berkenaan mendakwa pelanggan tersebut menuang sup panas terhadap pemilik gerai terbabit.
Jelas pengurus itu, menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) ketika kejadian berkenaan menunjukkan peniaga nasi lemak terbabit berhadapan dengan pelanggan yang memegang nasi lemak di tangan, namun pemilik tersebut telah bertindak membuang makanan tersebut ke tanah.
“Kedua-dua pihak bersalah dan mereka telah pergi ke balai polis untuk membantu siasatan,” kata pengurus itu.
Sementara itu, kedua-dua pihak juga akan menanggung kos perubatan masing-masing sebagai tanda berdamai maklum pengurus tersebut.
Fuhh, sebab harga nasi lemak, perang dunia ketiga kedua-dua pihak ini.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…