Categories: Resipi

Beribu Pek Sudah Terjual, Peniaga Ini Kongsi Resipi Laksam Jualannya Yang Laku Keras

Seorang peniaga laksam berkongsikan resipi laksam hasil jualannya yang sudah terjual beribu-ribu bungkus.

Beliau berkongsikan cara masak langkah demi langkah buat rujukan kepada mereka yang mahu mencuba.

Resipi ini turut menghasilkan laksam yang sangat lembut beserta dengan kuah yang berlemak dan penuh dengan rasa ikan. Jom lihat resipi lengkap oleh Rosni Musa di bawah.

Peniaga Kongsi Resipi Laksam Hasil Jualannya Yang Laku Keras

Bahan-bahan untuk laksam:

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 6 cawan air paip

Cara-cara buat laksam:

1. Satukan semua tepung di dalam 1 bekas. Gaul sebati. Kemudian tuang 3 cawan dahulu air, kacau-kacau supaya tak berketul. (guna cawan sama untuk sukat bahan)

2. Kemudian tambahkan lagi 3 cawan air dan kacau rata.

3. Adunan akan jadi tidak berketul. Kalau berketul, tapis terlebih dahulu.

4. Panaskan pengukus. Sementara tunggu air mendidih, sapukan loyang laksam dengan sedikit minyak. (boleh guna tudung periuk, pan pizza atau loyang biasa)

5. Bila air dalam pengukus dah mendidih, masukkan pizza pan ke dalam pengukus. Kemudian tuangkan 2 senduk adunan tepung tadi. Sebelum tu kacau dulu adunan supaya tepung sekata.

6. Tutup pengukus dan kukus selama 3 hingga 4 minit.

7. Nak tau laksam dah masak atau tidak, bila kita bukak tudung pengukus laksam dah naik mengelembung macam di dalam gambar. Masa ni hati-hati dengan wap panas.

8. Keluarkan laksam yang telah masak. Sejukkan sebentar. Dan ulang semula step mengukus sehingga habis adunan tepung.

9. Bila laksam dan suam, boleh mula menggulung. Gulung dengan cermat. Boleh guna pisau pemotong kek untuk menggulung laksam.

10. Laksam dah siap! Seterusnya kita buat pula kuah laksam.

Bahan-bahan kuah laksam:

  • 1 kg ikan sardin (direbus & diperisikan)
  • 500gm bawang besar
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia dihiris
  • 1 sudu teh halba
  • 2 sudu teh lada hitam
  • Sedikit belacan
  • 500ml santan segar
  • 100ml santan kotak M&S
  • Asam keping

Cara-cara:

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan belacan. Masukkan halia, halba, lada hitam & asam keping. Renihkan selama 15 minit.

2. Kisar halus ikan yang sudah diperisikan sehingga halus. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang berisi bawang. renihkan lagi hingga mendidih.

3. Kisar kepala dan tulang ikan. Kemudian tapiskan airnya dan masukkan sekali ke dalam periuk. Didihkan lagi sehingga menggelegak.

4. Kemudian masukkan santan segar dan kacau.

5. Perasakan dengan garam.

6. Masukkan maggie cukup rasa. Nak guna Ajinomoto pun boleh.

7. Sedikit gula. Jangan banyak, buat syarat saja.

8. Akhir sekali tuangkan santan kotak.

9. Didihkan sehingga kuah laksam betul-betul menggelegak. Kacau sesekali supaya kuah tak berketul.

Bahan sambal:

  • Cili api
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar cuka

Cara-cara:

1. Kisar cili api bersama bawang putih.

2. Tuang cili yang telah dikisar ke dalam periuk. Didihkan cili tadi dan masukkan 1 sudu besar cuka.

3. Masak cili sehingga agak pekat.

4. Sayur-sayuran boleh guna kobis, daun kesum, kacang panjang, bunga kantan yang dihiris halus atau apa-apa jenis sayur kesukaan.

Cara makan:

1. Potong laksam dan masukkan dalam pinggan. Tuangkan kuah dan tabur sayur-sayuran serta sedikit sambal. Selamat mencuba!

Kredit: Rosni Musa

Nasiha

Recent Posts

Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi

Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…

2 hours ago

Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…

2 hours ago

Resipi Mee Udang Ala Sarawak Guna Mi Segera, Baunya Buat Selera Terangkat!

Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…

2 hours ago

Mufin Labu Dengan Streusel, Resipi Ini Dijamin Kek Menjadi Elok Sempurna!

Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…

2 hours ago

Resipi Laksa Goreng Penang, Kelainan Rasa Laksa Yang Pastinya Sedap!

Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…

3 hours ago

Sedapnya Pekena Ayam Masak Burma, Rasa Kuahnya Sumpah Luar Biasa

Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…

4 hours ago