Baru-baru ini, tular di media sosial tentang peniaga goreng guna plastik dalam minyak panas yang dikatakan tips makanan bergoreng jadi rangup tahan lama.
Orang Malaysia memang suka beli makanan goreng yang dijual di gerai tepi jalan seperti cekodok, pisang goreng, keropok lekor dan sebagainya.
Siapa sangka, terdapat sisi gelap peniaga makanan yang tak ramai tahu. Ada yang pernah lihat sendiri peniaga goreng guna plastik dengan mencelupnya ke dalam minyak panas.
Baca juga: Betul Ke Anggur Shine Muscat Ada Racun Perosak Berbahaya? Ini Jawapan Dari KKM
Selepas 8 tahun menjadi tenaga pengajar dalam kursus berkaitan industri makanan, Ikhfa Musa berkongsikan satu pengalaman yang membuatkan ramai pengguna di Threads terkejut.
Katanya, beliau sudah biasa dengar pelbagai cerita daripada peniaga makanan sendiri. Ada yang menarik dan kreatif, tapi tak kurang juga ada sisi gelap yang menakutkan.
Sesetengah peniaga mempunyai tabiat goreng guna plastik minyak masak dengan cara mencelup sedikit plastik itu ke dalam minyak panas.
Tanpa menggunakan gunting atau pisau, tapi peniaga makanan terus celup plastik minyak masak dengan tujuannya hanya untuk buat plastik itu terbuka dengan cepat.
Ramai tak sedar bahawa dakwat cetak pada plastik dan plasticizer (bahan pelunak plastik) boleh larut dan tercampur ke dalam minyak panas.
Apabila plastik terkena suhu tinggi, ada bahan kimia yang boleh masuk ke dalam makanan goreng tanpa kita sedari.
Ikhfa sendiri pernah ternampak kejadian ini dan lebih memeritkan, ia berlaku di kedai kegemarannya. Gorengan kedai tersebut memang terkenal rangup walaupun sudah sejuk yang sebenarnya boleh jadi petanda minyak itu sudah digunakan banyak kali.
Minyak yang berubah warna bukan saja menjejaskan rasa, tapi menghasilkan bahan sampingan kurang baik untuk kesihatan jika digunakan berulang kali.
Sebagai langkah berhati-hati sebelum beli makanan di luar, tengok cara peniaga buka dan tuang minyak. Jika nampak cara meragukan, pilih kedai lain.
Makanan goreng yang rangup dan sedap memang menyelerakan, tapi kesihatan jauh lebih penting daripada segalanya. Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: ikhfamusa dari Threads, Facebook Tan Stevie
Sumber: ikhfamusa
Baca juga: Isu Video Budu Tong Hitam, Doktor Jelaskan Lapisan Putih Bukan Kulat Tapi Sebenarnya..
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…