pengat roti kapa

Pengat Roti Kapal merupakan sejenis bubur manis berlemak yang menjadi kegemaran orang ramai di Parit, Bota, Lambor, dan Kuala Kangsar.

Pencuci mulut ini adalah sejenis bubur unik yang menggunakan roti kapal sebagai bahan utamanya. Walaupun proses memasaknya cukup mudah, namun agak sukar untuk mendapatkan biskut roti kapal di pasaran pada masa kini.

pengat roti kapa

Roti Kapal dalam tin.

Baca juga: Resipi Bubur Anak Lebah, Makanan Warisan Rakyat Perak

Oleh itu, sesetengah orang menggantikannya dengan biskut osborne yang lebih mudah didapati, tetapi rasanya tidak sama dengan roti kapal.

Ada juga orang yang akan tambah sedikit sagu atau memakannya dengan air susu. Mari ikuti resipi mudahnya di bawah. 

RESIPI PENGAT ROTI KAPAL, MENU TRADISIONAL NEGERI PERAK

pengat roti kapa

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan: 

1. Panaskan air dan gunakan sebiji kelapa untuk menghasilkan santan sebagai kuah pengat.

2. Apabila santan telah pekat dan mendidih, masukkan roti kapal ke dalam periuk. Gaulkan sebentar dan tutup api. Roti kapal akan mengembang dengan sendiri, dan kuah hendaklah manis dengan lemak yang sedikit masin.

3. Letakkan biskut roti kapal ke dalam periuk, boleh masukkan seketul roti secara utuh atau pecahkan roti tersebut.

4. Tambahkan gula putih secukup rasa dan sedikit garam. Jangan lupa untuk meletakkan daun pandan agar bubur tersebut harum.

5. Biarkan sehingga bau harum menyebar, kemudian hidangkan.

Selamat mencuba.

Sumber: Seladang Perak 

Baca juga: 3 Jenis Sambal Belacan Perak Yang Boleh Dicuba, Memang Kegilaan Ramai!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN