Pernah tak tengah sibuk buat kerja, tiba-tiba barang yang tengah pegang hilang dari pandangan mata? Cepat betul hilang macam kena sorok pula.
Mestilah kita akan rasa pelikkan? Mungkin kadang-kadang rasa seram, Tapi sebenarnya bila semak balik rupa-rupanya ada je lagi barang tu dekat kita. Cuma tak perasan lagi.
Artikel berkaitan: Dah Tak Perlu ‘Craving’ Ayam Goreng Lagi, Restoran Ini Tawar Servis Penghantaran ke Gunung Kinabalu
Persis seperti kisah dalam rakaman CCTV yang tular baru-baru ini di mana seorang pekerja restoran lari lintang-pukang kerana ‘diusik’ ketika sedang menyapu lantai.
Menerusi video yang dikongsikan di Twitter, kelihatan seorang pekerja restoran sedang menyapu lantai berseorangan. Tapi apa yang ‘seram’nya, sebaik sahaja dia mengangkat telefon, dia pelik penyapu di tangannya sudah ‘hilang’.
Puas pekerja tersebut mencari penyapu yang hilang tadi di sekelilingnya namun masih gagal ditemui. Enggan buang masa, dia pergi ke stor belakang untuk mengambil penyapu baru.
Apabila dia ingin mengambil penyodok, penyapu asalnya tadi terjatuh dari ketiaknya, membuatkan dia terkejut lalu berlari kerana cuak!
Sejak video seram-kelakar ini dimuat naik, ianya berjaya membuatkan ramai ketawa sehingga berjaya memperoleh sebanyak 779.1 ribu tontonan, 2495 retweets dan 3398 tanda suka!
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat wanita yang tercari-cari penyapunya. Malah, netizen akui pernah mengalami situasi ‘seram’ yang sama di mana barang mereka tiba-tiba ‘ghaib’ akibat sifat pelupa diri sendiri.
Semua orang ada peti ais di rumah, tapi ramai yang masih tak tahu cara untuk…
Mungkin ramai yang tidak begitu suka makan peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat sedap…
Kek coklat karamel adalah hidangan istimewa yang menggabungkan tekstur lembut lapisan puding karamel dengan kek…
Karipap spera adalah sajian tradisional yang hanya boleh dijumpai di kawasan utara seperti Kedah dan…
Apabila ditanya tentang pencuci mulut paling mudah dibuat di rumah, semestinya ramai akan jawab Kek…
Sering makan sotong yang gebu dan segar di restoran sampai tertanya-tanya bagaimana hasilnya sebegitu rupa.…