Sebut je pasal Pecal Sayur Jawa ini, mesti terliur dibuatnya. Hidangan ini antara makanan tradisi jawa yang digemari rakyat Malaysia. Kaya dengan sayuran dan wajib ada tempe dan tauhu.
Cara pun mudah sahaja sebab perlu rebus dahulu semua sayur dan kemudian dihidangkan dengan kuah pecal. Kuah inilah bahan utama yang menyedapkan hidangan ini.
Baca juga: Resipi Punten, Makanan Tradisi Orang Jawa Yang Wajib Cuba Sekali Seumur Hidup
Nak makan dengan nasi atau ratah gitu macam salad pun boleh. Memang layan habis lagi-lagi kalau kuahnya pekat dan cukup rasa berlemak kacang tu.
Bahan utama kuah pecal ini ialah kacang tanah. Jadi teksturnya sama dengan kuah kacang. Cuma kuah pekat atau tak terpulang ikut citarasa masing-masing.
Resipi Pecal Sayur Jawa ini telah dikongsikan sendiri oleh Fauziah Yahya di laman Facebook. Contoh gambar sayurannya juga ringkas dan mudah untuk didapati. Jom kita lihat cara buatnya di bawah
Sayur-sayur yang digunakan ikut suka boleh lihat dalam gambar. Sayur-sayur pilihan perlu direbus dulu. Wajib ada tempe dan tauhu sebab orang jawa kan~
Bahan-bahan kuah pecal:
Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula, goreng dahulu cili padi, bawang putih, bawang besar dan belacan hingga garing. Angkat dan toskan.
2. Kemudian, kisar bahan-bahan ini bersama dengan asam jawa yang dibancuh dengan air.
3. Satukan ke semua bahan dan gaul sehingga rasa ia pekat.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Dah siap, sedia untuk dihidang.
Bahan-bahan sayur:
Cara-caranya: Rebus kesemua sayur ini hingga layu sedikit dan hiaskan di atas pinggan.
Cara makannya ada yang buat cicah sikit-sikit. Ada juga yang gaulkan dan makan sayuran melimpah dengan nasi. Yang penting, apa cara hidangan pun mesti sedap dan menyelerakan. Tengok kuahlah. Kuah tu yang membangkitkan selera.
Lepas ni kalau pening nak masak sayur apa, boleh cuba pecal sayur jawa ni. Cuma kena rajin sikitlah mencari sayur-sayurannya. Tak kan nak makan 2-3 jenis sayur je kan. Banyak sikit baru puas.
Jangan lupa mencubanya!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…