
Bila tengok orang buat pau kukus yang gebu, kita pun rasa teringin nak cuba sendiri. Dapat pula makan waktu masih panas, memang buat hati rasa puas.
Sebenarnya tak perlu risau kalau anda baru pertama kali nak buat. Resipi yang ringkas pun dah cukup untuk hasilkan pau yang lembut dan sedap.
Jadi di sini kami kongsikan resipi pau kukus daripada Aziey Mazalan yang boleh dijadikan sebagai panduan mudah untuk anda mulakan. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Kuih Pau Sambal Yang Mudah, Besar Dan Gebu Bukan Main Lagi!
RESIPI PAU KUKUS

Bahan doh:
- 300g tepung pau
- 35g gula
- 1 sudu susu pekat manis
- 5g k-fine (penghalus tepung atau dough improver, boleh pilih untuk guna atau tidak)
- 8g baking powder
- 28g shortening
- 125g ais sejuk (air ais)
- 5g yis
Cara-cara buat:
1. Sediakan semua bahan doh.Masukkan terus semua bahan ke dalam bread maker. Kalau uli tangan atau mixer pun boleh.
2. Uli hingga sebati. Set masa dalam bread maker selama 25 minit sehingga doh licin dan elastik.
3. Bentuk doh (rounding). Setelah doh siap diuli, keluarkan dan bentukkan bulat-bulat kecil.
4. Leperkan doh, isikan inti yang anda suka (kacang merah, kaya, pau sambal bilis, coklat, dan sebagainya), kemudian tutup semula dan bentukkan cantik.
5. Proofing doh selama 1 jam. Namun, disarankan proofing 30 minit sahaja untuk elakkan doh terlalu mengembang.
6. Kukus pau dalam periuk kukusan yang sudah mendidih selama 10 hingga 12 minit. Pastikan tutup periuk dibalut kain untuk elakkan wap air menitis dan merosakkan permukaan pau.
Tips tambahan untuk pau gebu dan putih cantik:
- Gunakan air ais untuk memastikan doh kekal sejuk, ini bantu hasilkan pau yang lebih licin.
- Jangan proofing terlalu lama supaya pau tak berkedut selepas dikukus.
- Pastikan suhu kukusan stabil iaitu air mendidih tapi tak terlalu kuat.
Kalau ikut langkah di atas, pau kukus anda akan keluar cantik, gebu dan lembut.
Selamat mencuba!
Sumber: Aziey Mazalan
Baca juga: Resepi Pau Kampung Putih Gebu, Ikut Tips Ini Dijamin Lembut Dan Tak Kecut!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














