PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-12-18 04:40:23
Dorayaki merupakan kuih yang berasal dari Jepun. Dorayaki tergolong sebagai kuih tradisional Jepun (wagashi) yang berbentuk bundar dan sedikit tembam. Tetapi di Malaysia, Dorayaki dikenali melalui anime Doraemon yang suka akan Dorayaki. Ramai juga yang teringin kerana terlalu taksub dengan cerita Doraemon tetapi tiada resepi seperti Dorayaki Doraemon. Hal ini kerana, Dorayaki yang dijual di Malaysia kebiasaanya telah mempunyai selera tempatan seperti berintikan coklat dan kaya. Jadi apa kata kita cuba resepi Dorayaki sedap yang dikongsikan oleh Aqema Nazri di kumpulan Resepi Dari Emak di Facebook.
Kredit: Aqema Nazri
Bahan-bahan:
- 3 biji telur
- ¼ cawan gula
- 2 sudu susu pekat manis
- 2 sudu minyak masak
- Setengah cawan air
- 2 cawan tepung gandum + 1sudu kecil baking powder
- Esen vanila
- Inti (guna penut butter dan coklat)
(Semua sukatan dalam cawan kecuali minyak dan susu sukatan sudu)
Kredit: Aqema Nazri
Cara-cara:
- Kacau telur dan gula sampai gebu.
- Tambah susu dan minyak kemudian kacau lagi sebati.
- Tambah esen vanila dan masukkn tepung berselang seli dengan air.
- Ubah suai dunan supaya tidak pekat dan tidak cair.
- Panaskan kuali dan sendukkan buat bulat-bulat. (altenatif lain untuk dapat bulat yang sama dan cantik adalah dengan menggunakan piping bag yang boleh dibeli di kedai bakery)
- Masak sampai perang dan terbalikkan.
- Sejukkan dan boleh sapu inti mengikut citarasa sendiri.
Kredit: Aqema Nazri
Kredit: Aqema Nazri
Kredit: Aqema Nazri
Selamat Mencuba
Kredit: Aqema Nazri