Mari cuba buat Pasta Goreng Keju, mesti anak-anak akan teruja. Mungkin sebab pasta ini kena dengan citarasa mereka berbanding mee kuning, bihun atau nasi.
Jadi jom ikuti perkongsian resipi yang sedap ini. Kadang-kadang menu yang simple inilah yang kena dengan selera. Sesekali masak pasta goreng untuk anak-anak apa salahnya.
Baca juga: Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul
Cara penyediaan resipi sangat mudah dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Rasa hidangan yang berlemak-lemak cheese memang heaven sangat. Selain tu menu juga tak pedas sangat, anak-anak pun boleh makan.
Aroma tumisannya sangat wangi memang membangkitkan selera makan. Untuk menambah lagi kesedapan dalam masakan ni, anda boleh masukkan daging.
Tapi kalau nak masuk udang, ayam sosej pun boleh. Ikutlah bahan apa yang ada dalam peti ais kat rumah itu. Ikuti resipi yang dikongsikan oleh Umi Watie ini. Memang cukup rasa lemak-lemak berkrim.
RESIPI PASTA GORENG KEJU
Pagi tadi sempat Kak Chik masak pasta goreng untuk anak-anak ke sekolah. Memang jadi pilihan sarapan ringkas tapi mengenyangkan.
Masak pun mudah saja, terlajak bangun pun masih sempat siapkan sarapan dengan penuh bergaya. Ecewah.
Bahan-bahan:
- Pasta
- 2 ulas bawang putih
- 1/4 bawang holland
- 3 tangkai cili kering
- 2 sudu butter
- Daging
Cara-cara penyediaan:
1. Tumiskan semua bahan seperti bawang putih, bawang holland, cili kering. Tumis sampai wangi.
2. Bila bahan tumisan tadi dah wangi, masukkan daging. Hiris nipis-nipis supaya cepat empuk.
3. Biarkan sampai air daging sedikit mengering. Guna api perlahan saja.
4. Masukkan pasta yang dah direbus terlebih dahulu. Guna pasta jenis shells atau apa-apa pun boleh.
5. Masukkan tiga keping keju. Tak bubuh pun tidak mengapa. Kalau bubuh lagi sedap. Ikut selera anda.
6. Taburkan daun parsley. Perasakan dengan garam. Bubuhlah ikut selera. Gaulkan rata. Matikan api.
7. Siap untuk dihidang!
Selamat mencuba.
Sumber: Umi Watie
Baca juga: Bibim Guksu (Mee Campur Pedas Korea) Cara MUDAH, Guna Pasta Angle Hair Je!