Ikan pari masak lemak cekur mungkin tidak ramai yang tahu masakan ini. Hidangan ini merupakan hidangan dari masyarakat jawa, mereka yang pernah merasainya pasti tahu keenakan rasanya.
Baca juga: Ikan Tempatan Yang Berlemak Kaya Omega-3, Bukan Salmon Je Yang Ada
Bagi yang tak biasa makan tu, lauk cekur ni lebih kurang macam masak lemak cili api, tapi ditambah dengan daun cekur atau pucuk cekur. Dan ikannya tu mesti dibakar dulu sebelum dimasak bersama kuah lemak.
Orang tua-tua kita dulu selalu buat pucuk cekur ni sebagai ulaman sebab ianya berkhasiat terutamanya buat dalaman wanita. Bayangkan kali ni diletakkan dalam lauk lemak kita pula! Boleh rasa aroma pucuk cekur tu di dalam masakan!
Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Zara Anna dari Facebook ini. Memang kecur air liur dibuatnya tengok hasil masakan dari beliau.
Bahan tumbuk/kisar:
Bahan lain:
Bahan hiris:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula perlu bakar dulu ikan pari. Lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam dan bakarnya sehingga ¾ masak. Selepas tu ketepikan.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan-bahan yang dah ditumbuk.
3. Kemudian masukkan santan, lada hitam dan asam keping. Kacau-kacau sedikit. Pastikan api kecil dan masakkan ia sehingga mendidih.
4. Selepas itu, masukkan ikan yang dah dibakar tadi dan segala hirisan daun. Waktu ni lihat kepekatan kuah. Kalau terlampau pekat, boleh masukkan sikit demi sedikit air. Kacau lagi dengan api yang perlahan untuk elakkan santan pecah.
5. Perasakan dengan garam, MSG dan gula secukup rasa. Sesudah masak boleh tutup api.
6. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba resipi ini.
Baca juga: Rempah Giling Gulai Cara Orang Dulu Dulu, Sedap Buat Gulai Ikan
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…
Biasanya gerai di tepi pantai pasti ada menyediakan hidangan Rojak Petis yang lazat. Apa kata…
Resipi daging enoki roll ini sempurna untuk dinikmati sebagai makan malam yang lazat tanpa perlu…
Resepi bihun goreng putih ini mungkin kelihatan ringkas, tetapi rasanya sangat sedap hingga boleh makan…
Sesuatu hidangan lauk itu tak lengkap tanpa sayur di sisinya, jadi kami nak kongsikan cara…