Categories: Tips & Petua

Pantang Larang Air Fryer Yang ‘Wajib’ Tahu Supaya Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

Tidak dinafikan, sudah ramai yang memiliki air fryer di rumah masing-masing. Air fryer sangat berguna dalam kehidupan seharian dan turut membolehkan pengguna menikmati hidangan sama seperti masakan bergoreng tapi mencapai pengurangan kandungan lemak sehingga 80% kerana ia tidak menggunakan minyak sama sekali.

Dengan pengurangan minyak dalam masakan turut menjadikan makanan itu lebih sihat. Namun begitu, air fryer juga mempunyai cara penjagaannya yang tersendiri supaya lebih tahan lama dan tidak cepat rosak.

Tips Penting & Cara Penjagaan Air Fryer Supaya Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

  1. Pastikan AF berada 15 cm atau lebih jarak dari dinding dan sekeliling. AF boleh cair jika berlaku pantulan haba.
  2. Timer dilarang undur sebab akan mudah rosak. Jika masakan dah masak tetapi minit masih berjalan, boleh tarik keluarkan loyang. Pemanasan akan terhenti (kalau jenama tefal). Tutup suis dan biarkan minit tersebut kembali ke kosong dengan sendiri.
  3. Jangan tutup suis semasa sedang memasak, sudah tentu kita akan keluarkan loyang sebab nak cek makanan masak tau tak, masa tu la pemanasan akan terhenti, boleh la tutup suis. Apa-apa pun ikut la kesesuaian AF masing-masing. Cuma elakkan paksa timer kembali ke 0.
  4. Jangan masukkan bahan ringan mudah terbang dalam AF kerana di dalam AF ada putaran angin yang kuat. Bahan ringan akan terbang dan terbakar bila terkena pemanas. Contohnya kulit popia, kertas pelapik. Akan menyebabkan AF akan terbakar.
  5. Jangan terus basuh bekas nonstick sewaktu panas. Nonstick akan cepat tertanggal.
  6. Elakkan air didalam air fryer, masak maggi tak sesuai guna AF. Nama lagi fryer bukan steam, bukan rebus.
  7. Kuantiti makanan yang dimasak boleh mempengaruhi penggunaan suhu dan masa. Contoh analogi, goreng 1 biji karipap sahaja dan goreng 4 biji karipap serentak. Guna suhu dan masa yang sama, karipap mana akan hangus atau masak dahulu? Yang penting kena try and error. Belajar dari pengalaman.
  8. Saiz AF juga memainkan peranan. Sebagai analogi, pada suhu 37C anda berada di dalam bilik kecil 10 minit seorang diri dan pada suhu 37C anda berada di dalam dewan besar 10 minit seorang diri. Yang mana akan berpeluh lebih banyak? Bezakan. Begitu juga dengan di dalam AF. Nak makan 2 orang tapi AF 5.8 liter. Dan nak makan 6 orang tapi AF 1.8 liter. Macam mana nak urus? Jom fikir.
  9. Boleh lap pemanas yang berlingkar macam ubat nyamuk tu dengan tisu basah. Kalau ada kotoran, jangan siram air. Kotoran apa? Mungkin minyak atau air dari ayam bakar terpercik. Jangan pasang suis, pastikan AF tak digunakan dalam tempoh tertentu sebelum dan selepas lap. Jangan la lepas masak terus lap atau lepas lap terus guna. Pastikan ia kering semasa nak guna. Guna wet tisu biasa untuk lap, jangan guna ada perisa strawberry atau alkohol.
  10. Makanan beku boleh masuk AF terus, asalkan tak bercantum satu sama lain.

Pengguna juga harus tahu kegunaan AF yang sebenar. Di bawah ini merupakan contoh cara penggunakan yang salah:

  • Goreng telur sebiji guna AF, suhu 120 masa 10 minit. Kalau goreng atas pan nonstick 1 minit je, guna dapur gas. Jadi, mana yang lebih jimat masa? Mestilah guna dapur.
  • Masak nasi kukus guna AF. Nama lagi air fryer bukan air steam. Kalau lemang ok la sebab kita bakar.
  • Goreng donat separuh masak guna dapur gas, kemudian masak guna air fryer nak bagi bagi. Haish, 2 kali kemas pula.
  • Kukus ikan dalam AF.
  • Defrost ayam beku dalam AF untuk buat sup. Masak la ayam tu nanti, jadi ayam goreng pulak.

Kredit: Abdul Razak Abdul Rahim

Wan N

Recent Posts

Cara Buat Tauhu Sumbat Dengan Sos Cili Homemade, Inti Rangup Memang Buat Tak Cukup Satu

Kalau sedang mencari cara buat tauhu sumbat yang mudah tetapi tetap sedap, resipi ini memang…

46 mins ago

Ayam Masak Merah Utara Stail Kenduri, Kuah Pekat Berlemak Buat Nasi Minyak Makin Sedap

Ayam masak merah utara memang cukup sinonim dengan hidangan kenduri, terutama apabila disajikan bersama nasi…

1 hour ago

Cucur Udang Paling Sedap, Adunan Mudah Ini Buat Cucur Rangup & Tak Serap Minyak

Kalau sedang mencari cucur udang paling sedap untuk dibuat di rumah, resipi perkongsian Rahizah Saat…

2 hours ago

Kalau Malaysia Ada Wajah, 10 Makanan Ini Paling ‘Menggambarkan’ Kita…Anda Suka Yang Mana?

Kalau Malaysia ada wajah, mungkin wajah itu penuh dengan pelbagai rasa. Makanan tradisional Malaysia menjadi…

15 hours ago

Wanita Kongsi Review Jujur Sambal Nyet Bilis Khairul Aming, Suami Sampai Cicah Biskut!

Kalau mencari review sambal nyet daripada pengguna yang sudah mencubanya sendiri, perkongsian seorang wanita di…

16 hours ago

Ikan Goreng Masak Asam, Menu Ringkas Tapi Rasa Masam Pedasnya Buat Selera Makin Naik

Ikan goreng masak asam memang sesuai dijadikan lauk apabila mahu masak sesuatu yang ringkas tetapi…

18 hours ago