Terinspirasi daripada majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikenali sebagai wedding BASS, Nor Hafizah Ismail mencuba sendiri panna cotta resepi untuk dinikmati di rumah. Hasil percubaan pertama ini cukup menarik dengan gabungan rasa lemak berkrim dan hiasan buah-buahan yang menyegarkan.

Menariknya, tak perlu tunggu majlis istimewa untuk menikmati dessert sebegini. Nor Hafizah juga menggunakan bekas yang tersedia di rumah tanpa perlu membeli tempurung kelapa khas. Kalau anda teringin mencuba pencuci mulut yang lembut dan enak dimakan sejuk, bolehlah ikuti resipi yang dikongsikan menerusi Facebook ini.

Baca juga: Resepi Puding Buah Viral, Cute & Cepat Habis Bila Letak Atas Meja Dessert

PANNA COTTA RESEPI MANGGA BERKRIM

panna cotta resepi

Bahan-bahan panna cotta:

  • 250 gram dairy whipping cream
  • 100 gram santan kotak
  • 250 gram susu penuh krim
  • 350 gram air
  • 130 gram gula pasir atau mengikut citarasa
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 10 gram gelatin
  • 30 gram air untuk gelatin
  • 4 gram serbuk jeli segera (instant jelly)

Bahan-bahan hiasan:

  • 1 biji mangga
  • Nata de coco perisa mangga secukupnya
  • 1 sudu besar Sunquick perisa mangga atau oren
  • 1 sudu besar jus lemon
  • Buah delima secukupnya

Nota: Bahagikan mangga kepada dua bahagian. Kisar separuh sehingga halus dan potong separuh lagi kepada kiub kecil untuk dijadikan hiasan.

Cara-cara Penyediaan Panna Cotta Mangga:

1. Kembangkan gelatin

Campurkan gelatin dengan 30 gram air di dalam bekas kecil. Biarkan sehingga gelatin mengembang sebelum digunakan.

2. Panaskan adunan utama

Masukkan whipping cream, air, santan kotak, susu penuh krim, gula pasir, garam dan serbuk jeli segera ke dalam periuk. Panaskan sambil dikacau sehingga adunan hampir mendidih.

3. Masukkan gelatin

Tutup api, kemudian masukkan gelatin yang telah mengembang. Kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya dan semua bahan sebati.

4. Tuangkan ke dalam bekas

Tuangkan adunan ke dalam gelas kaca atau cawan pencuci mulut mengikut saiz yang disukai. Biarkan sehingga hilang bahang sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

5. Sediakan hiasan mangga

Campurkan mangga yang telah dikisar dan dipotong dadu dengan Sunquick serta jus lemon. Masukkan nata de coco perisa mangga dan gaul rata.

6. Hiaskan dan sejukkan

Apabila panna cotta sudah mengeras, letakkan campuran mangga di atasnya. Tambahkan buah delima sebagai hiasan, kemudian simpan semula di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk dihidangkan.

Panna cotta ini lebih menyelerakan apabila dinikmati sejuk, dengan tekstur lembut berkrim serta gabungan rasa mangga yang manis dan sedikit masam.

Selamat mencuba!

Sumber: Kak Yana

Baca juga: Cara Buat Puding Trifle Sedap Berlapis, Dessert Sejuk Berkrim Guna Swiss Roll & Kastard

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending