Categories: Resipi

Pancake Mini Comel-Comel Inti Kaya & Nutella, Anak-Anak Mesti Suka!

Kalau sarapan, buat pancake mini pun boleh juga. Nampak comel-comel je dan boleh dimakan dengan sekali suap saja.

Biasanya, pancake ini boleh dimakan begitu saja. Kalau anda rajin, bolehlah buat kaya homemade atau kuah coklat untuk dimakan bersama pancake itu.

Baca juga: Cara Buat Lempeng Kosong Kampung, Sedap Cicah Bersama Sambal Bilis

Ikuti resipi penuh dari perkongsian Wo-aini Crafter. Anak-anak mesti teruja nak bersarapan nanti!


RESIPI PANCAKE MINI COMEL-COMEL INTI KAYA & NUTELLA

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

  1. Campur ke semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
  2. Sapu sedikit mentega atau minyak di atas kuali yang dipanaskan. Guna senduk kecil untuk menuangkan adunan ke dalam kuali, membentuk penkek mini yang comel (saya guna sudu sukat besar). Jadi, semua saiz penkek sama saja bulatnya.
  3. Biarkan ia berbuih di permukaan dan apabila muncul gelembung kecil, balikkan dan masak dari sisi yang lain sehingga kedua-dua sisi menjadi keemasan.
  4. Selepas itu, angkat penkek dari kuali dan boleh letak inti kaya dan nutella. Nak letak inti lain pun boleh ikut citarasa masing-masing. Kemudian, kapitkan.
  5. Ulang semula langkah diatas sehingga habis penkek yang sudah dibuat.

Tip tambahan:  Jangan masak pancake sampai kering sangat. Nanti susah nak kapit.


Selamat mencuba.

Sumber: Wo-aini Crafter

Baca juga: Serabi Pandan Kuah Kinca, Penkek Tradisional Indonesia Yang Boleh Dicuba

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!

Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…

54 mins ago

Resipi Red Velvet Cupcake Dengan Topping Cream Cheese, Terliur Tengok!

Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…

2 hours ago

Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado, Lauk Tunggu Gaji Yang Jimat Tapi Sedap!

Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…

4 hours ago

Resepi Roti Telur Cheese Lain Dari Yang Lain, Idea Sarapan Menarik Yang Wajib Dicuba

Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…

4 hours ago

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

22 hours ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

22 hours ago