Rugi sangat kalau tak try buat pancake Jepun ni. Serius sedap! Cara nak buatnya pun mudah sangat dan tak perlu menggunakan bahan yang banyak.
Korang boleh follow cara mudah buat pancake Jepun ni kat sini. Confirm menjadi! Rasa pancake Jepun ni dah macam kek cheese weh. Kan pancake ni pernah viral.
Ramai gila yang buat. Hari ni kita share balik, takut ada yang belum ada kesempatan buat masa viral hari tu. Biasanya lempeng kita tak macam ni, yang ni nampak kembang.
Baca juga: Cara Buat Tortilla Chips Cicah Telur Hancur, ‘Breakfast Dip’ Gitu
Yang baru first time nak ubah selera pada pancake Jepun, apa kata korang try resepi yang di kongsikan oleh Siti Nornaim Keng.
Resepi ni viral 5.6k share kat Facebook tau. Ramai tau yang nak cuba resepi ni. Tak salah sekali sekala kita tukar selera kan.
Sukatan untuk resepi ni boleh hasilkan lebih kurang 4 hingga 5 keping macam tu. Tapi tebal dan gebu tau.
Kalau nak lebihkan, korang adjust je sukatan resepi ni. Lebih kurang 6 bahan je di gunakan untuk buat pancake jepun ni. Tak bau hanyir telur tau!
Bahan-bahan:
Cara membuatnya:
1. Pukul putih telur sehingga bertanduk. Kalau tak bertanduk lagi, pukul je hingga sebati.
2. Masukkan bahan putih telur dan pukul lagi. Bila dah berbuih sikit, masukkan gula. Kacau sampai bertanduk baru masukkan jus lemon 1 sudu kecil.
3. Untuk bahan lain pula, buat adunan kuning telur, campur tepung kek+ esen vanila + susu full cream.
4. Ambil sedikit adunan putih telur tadi dan masukkan kedalam adunan kuning telur. Kacau sedikit bagi adunan sedikit cair.
5. Campur adunan telur tadi ke adunan telur putih ni ye. Kacau kaup balik je.
6. Sediakan kuali non stick dan sapu butter. Kemudian, masukkan adunan.
7. Buat 3 atau 4 kali tambah adunan tadi dan jangan letak terlampau. Lepas letak adunan, titikan air sedikit dan terus tutup kuali.
Siap untuk dimakan.
Memang gebu hasilnya pancake kita. Tak perlu letak gula icing, makan macam tu pun dah sedap sangat.
Berebut anak-anak nak makan tau! Korang memang kena cuba resepi ni. Boleh buat untuk minum petang atau sarapan pagi sebelum anak-anak pergi sekolah. Nak jadikan bekalan anak-anak ke sekolah pun boleh.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…