Categories: Tips & Petua

Setiap Rumah Wajib Buat! Cara ‘Pack’ Beras Untuk Kegunaan Waktu Kecemasan

Bencana alam boleh datang tiba-tiba tanpa kita duga. Banjir secara tiba-tiba, ribut petir dan sebagainya yang kita tidak boleh kawal.

Kekurangan stok bekalan makanan yang melanda makanan dunia sekarang ini juga membuatkan kita perlu sentiasa bersedia dengan stok makanan.

Beras yang menjadi makanan ruji kita perlu sentiasa ada namun bagaimana nak simpan beras pada tempoh yang lama?

Jom baca tips simpan beras pada saiz yang kecil seperti yang dikongsi oleh Mardziatul Irqan, jom sama-sama kita praktikkan.

Cara ‘Pack’ Beras Untuk Kegunaan Waktu Kecemasan

Ramai yang inbox dan komen macam mana nak prep beras, ni sharing dari beberapa cara dan tips yang korang boleh guna. Moga sharing memberi manfaat dan dapat bantu sikit-sikit. Selamat mencuba.

Jangan stop prep, please prep!!! Demi sesuap makanan. Kawalan infestation beras ni ada beberapa faktor, antaranya adalah udara (oxygen), suhu dan kelembapan. Kalau boleh cari cara untuk kawal faktor ni insyaAllah tahan lama.

Kutu beras ni boleh menyebabkan kerosakkan pada beras, after effect dari pembiakan dia boleh menyebabkan pertumbuhan kulat.

Kena elak kutu beras

Kutu beras tak tahan suhu sejuk kurang dari -18°C dalam 3 hari dan tak tahan panas 55°C lebih dari 2 jam (ini berdasarkan maklumat pembacaan saya kaji tentang kutu beras).

Sebab tu ramai yang suggest masuk beras dalam peti sejuk dulu, then jemur supaya hilang moist, kemudian baru seal dalam apa-apa bekas yang tidak mudah berlubang.

Beras di vacuum seal, dimasukkan OA (oxygen absorber) dan disimpan di tempat yang rapi dan kurang fluctuation suhu, untuk kawal faktor tadi.

Kehadiran oksigen dan perubahan suhu boleh memberikan environment yang condusive untuk pembiakan kutu tadi, kalau masih ada larvae kutu yang survive semasa food preservation process.

Boleh simpan dalam botol mineral

Test run saya buat dr tahun 2016, guna botol mineral 500ml, compact kan, dan tutup ketat, tanpa additional OA. Setakat hingga tahun ni, tiada kutu beras langsung.

Setiap tahun sy cuba masak satu botol untuk rasa, beras boleh dimakan, tiada toxication, cuma rasa kurang fresh. Warna beras juga jadi sedikit kekuningan over the year.

Tips kedua:

1. Cari tapis, letakkan atas periuk/ bekas dan masukkan beras secukupnya. Pastikan semuanya KERING.

2. Gaul, ramas atau ayak. Kutu dan habuk-habuk akan jatuh ke takung. Beras yang dah diramas tu asingkan ke dalam bekas bersih lain.

3. Kutu dan habuk terkumpul. Beras yang terjatuh tu boleh diayak sekali lagi.

4. Makhluk perosak yang telah diasingkan.

5. Beras yang bersih boleh di repack. (Mylar dan O2 absorber, vacuum, botol mineral, freezer 3 hari etc).

6. Kalau nak guna pon tak perlukan banyak air untuk basuh sebab habuk dah buang siap-siap. Menjimatkan air sangat penting ketika bencana.

7. Petua orang tua dulu-dulu yang sangat berkesan nak matikan bubuk adalah dengan menggunakan cili kering dan asam keping.

Petua orang tua dulu-dulu yang sangat berkesan nak matikan bubuk antaranya cili kering dan asam keping. 

Tips ketiga:

Paling mudah boleh pakai plastik grainpro. Harga mahai sikit Rm35/sehelai.  Ada 2 jenis RZ30 (ziplock – tapi boleh isi sikit je) dan RT69 (kena ikat). Boleh contact 01156290366 untuk beli)

Vacum sealer (ada macam-macam lagi jenis/brand, saya advice beli yang mahal sikit untuk kegunaan lasak, apa-apa pun ikut kemampuan kita kalau tak dapat beli yang mahal)

Sumber: Mardziatul Irqin

Wan N

Recent Posts

Cuaca Tak Menentu? Cuba Ikan Siakap Masak Sup, Rasa Ringan & Sedap Memang Hirup Sampai Licin!

Ikan siakap masak sup ini sesuai dijadikan hidangan seisi keluarga kerana kuahnya ringan, tetapi tetap…

28 mins ago

Petua Lembutkan Paru Sebelum Digoreng, Hasilnya Lebih Empuk Rangup Dan Tak Hanyir

Paru goreng memang menjadi pilihan ramai sebagai lauk sampingan, terutama apabila dihidangkan bersama nasi lemak.…

1 hour ago

Ayam Singgang Masam Pedas, Semua Bahan Tumbuk Je Tapi Sedap Makan Sampai 2 Pinggan!

Kalau suka lauk yang masam, pedas dan penuh aroma, ayam singgang ini memang boleh buat…

2 hours ago

Rahsia Nak Buat Telur Rambu Nipis & Halus, Ini Cara Bancuh Adunan Supaya Menjadi!

Telur rambu memang nampak mudah dibuat, tetapi nak mendapatkan helaian yang nipis, halus dan sekata…

2 hours ago

Bihun Goreng Kicap Simple, Ikut Resipi Orang Lama Tanpa Lauk Tapi Anak Berebut Makan

Bihun goreng kicap simple ini mungkin nampak biasa kerana hanya menggunakan beberapa bahan asas, tetapi…

2 hours ago

Resipi Roti Pizza Dengan Topping Ringkas, Masak Guna Air Fryer 8 Minit Dah Boleh Makan!

Roti pizza antara menu sarapan yang mudah disediakan kalau nak makan sesuatu yang cepat tetapi…

4 hours ago