MAMPU gantikan gula putih, khasiat gula kelapa (palm sugar) tidak dinafikan sangat bagus untuk pengambilan seharian.
Gula kelapa adalah manisan semula jadi yang terhasil dari pokok kelapa. Ia mempunyai pelbagai nama, mengikut jenis pokok yang dihasilkan.
Antaranya gula Melaka, gula kabong, manise, gula nipah, gula merah dan sebagainya.
Tambah lagi, gula kelapa lebih sesuai untuk pesakit diabetes kerana mempunyai Indek GIisemik yang lebih rendah berbanding gula pasir dan madu.
Baca juga: 10 Tips Untuk Mengawal Paras Gula Dalam Darah, Elak Penyakit Kronik & Awet Muda
Gula kelapa juga mengandungi lebih banyak mineral seperti kalsium, potassium dan zat besi berbanding dengan gula pasir yang hampir tiada mineral.
Ambil dalam kuantiti yang sederhana untuk mengelakkan rasa pahit kopi atau teh sahaja bukan untuk mendapat rasa manis.
KEHEBATAN DAN KHASIAT GULA KELAPA
1. Jumlah elektrolit
Apa contoh elektrolit? Potassium, magnesium dan sodium. Penting untuk fungsi otot, saraf, organ dan sel sel.
2. Rendah GI
Hampir sama dengan GI gula yang ditemui dalam buah.
3. Anti oksida asli
Tidak diletak bahan kimia atau bahan tambahan lain. Nutrien dikekalkan dalam bentuk asal.
4. Ada inulin
Tiada dalam gula lain. Pastikan usus sihat. Gula dalam darah dikawal. Halang penyakit bahaya seperti kanser.
5. 100% bebas ‘bone-char’
Pernah dengar? Bone-char adalah sebatian tulang haiwan yang sering digunakan. Untuk putihkan gula dan kekalkan kehalusannya. Ni ramai tak tahu.
6. Non-GMO
Gula kelapa adalah 100 organik. Produk GMO banyak dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan.
7. Kaya vitamin dan mineral
Tiada pada gula putih. Seperti asid amino, vitamin C, vitamin B. Gula kelapa senang ditukarkan kepada nisbah 1:1.
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar