Categories: Resipi

Resipi Pajeri Rambutan Ini Sangat ‘Legend’, Orang Dulu-Dulu Je Tahu Kesedapannya

Pajeri terung, pajeri nanas atau pajeri mangga sudah biasa makan, tapi pernahkah anda mendengar resipi pajeri rambutan? Jika belum, inilah masanya untuk anda cuba.

Pajeri rambutan ini bukan resipi baharu, cuma generasi sekarang sahaja yang tidak tahu akan kewujudannya. Sebenarnya, makanan ini sering dihidangkan pada zaman dahulu ketika mak ayah kita masih kecil.

Menurut empunya resipi, beliau yakin jika sesiapa mencuba resipi ini pasti tidak akan menyesal. Malah akan ‘teringat-ingat’ bila habis musim rambutan nanti.

Mari kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak menu yang unik ini. Ibu-ibu boleh cuba nanti ya!

Baca juga: Resipi Pisang Rebus, Makanan Orang Lama Yang Sudah Ditelan Dek Zaman

RESIPI PAJERI RAMBUTAN

Bahan-bahan:

  • Bawang kecil 10 ulas (dihiris)
  • Bawang putih 2 ulas (dihiris)
  • Cili kisar 4 sudu (lebihkan jika suka pedas)
  • Daun kari
  • 4 sekawan
  • Serbuk kari
  • Rambutan
  • Santan
  • Kerisik
  • Gula merah
  • Garam

Cara memasak:

  1. Tumis bawang kecil, bawang putih, cili kisar, daun kari dan 4 sekawan. Biarkan sehingga sedikit kering.
  2. Bila sudah kelihatan sedikit kering, masukkan serbuk kari. Kacau sebati.
  3. Kemudian, masukkan buah rambutan segar dan tunggu sehingga air rambutan kering sedikit.
  4. Selepas itu, masukkan pula santan. Kuantiti santan mengikut paras rambutan.
  5. Bila dah kering sedikit, masukkan pula kerisik. Lagi sedap jika lebihkan.
  6. Letakkan gula merah mengikut tahap memanisan yang disukai.
  7. Biarkan sehingga kuah pekat sedikit. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  8. Bila kuah dah pekat, ubah suai rasa mengikut selera jika ada yang kurang.
  9. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Lemang Luak Rembau

Baca juga: Resipi Ayam Masak Merah Ala Kenduri ‘Cara Orang Lama’, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Nasiha

Recent Posts

Ikan Siakap Pedas Manis, Lauk Ini Buat Satu Keluarga Makan Sampai Berselera!

Sudah sering pesan di restoran, jadi sekali-sekala bolehlah cuba masak Ikan Siakap Pedas Manis yang…

6 hours ago

Kuih Apam Mekar Dengan 5 Bahan, Lembut Dan Kembang Gebu Hasilnya

Antara kuih yang sentiasa laku keras dan mendapat permintaan ramai adalah kuih Apam Mekar kerana…

7 hours ago

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

6 days ago

Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!

Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba…

6 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Guna Sukatan Cawan!

Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…

1 week ago

Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!

Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…

1 week ago