pajeri nenas

Lauk pajeri nenas mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Tapi tak ramai yang yang tahu cara memasak menu ini.

Sebelum ini kita biasa makan di restoran saja kan? Kali ini jom kita cuba masak sendiri pula di rumah.

Resipi pajeri nanas ini tidak menggunakan santan, namun hasilnya kuah tetap menjadi pekat dan sedap!

RESIPI PAJERI NENAS TANPA SANTAN

Bahan A (menumis):

  • Bawang besar 1/2 biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Bunga lawang 2
  • Kulit kayu manis 1 batang

Bahan B (dikisar):

  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Ikan bilis

Bahan C:

Bahan D:

  • Kerisik 2 sudu makan
  • Garam 1 sudu kecil
  • Serbuk perasa 1 sudu kecil
  • Gula putih 2 sudu makan

Bahan E:

  • Buah nenas yang sudah dipotong

Cara memasak:

1. Panaskan minak, kemudian masukkan bahan A. Tumis sehingga garing.

2. Bila dah garing, masukkan pula bahan B. Kacau dan biarkan dalam 3 minit baru masukkan bahan C. Biar sehingga betul-betul pecah minyak.

3. Bila rempah dah masak, masukkan 1/2 cawan air.

4. Kemudian masukkan bahan D dan E. Kacau dan biarkan seketika sehingga semua bahan sebati.

5. Jika rasa pajeri nanas sudah sesuai rasa, boleh tutup api dan sedia untuk dihidangakan bersama nasi panas.

6. Selamat mencuba!

Kredit: Norfadilah Ibrahim

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN