pais tempoyak ikan patin

Fuhh! Tengok gambar je pun dah terliur dibuatnya! Jom buat Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar, Memang sedap makan panas-panas.

Kalau sesiapa yang tinggal di kampung, memang selalu dapat merasa pais ikan ini. Kebanyakan ada dijual di pasar tani dan pasar malam. 

Baca juga: Cara Buat Tempoyak Tak Berkulat & Tahan Lama, Ada Petua Kalau Tak Nak Masam

Pais ikan ini sebenarnya boleh dibuat dengan pelbagai jenis ikan sebenarnya. Tapi buat dengan ikan patin, memang lagi layan dibuatnya.

Mujurlah MyResipi terjumpa perkongsian resipi dari Aisyah Humaira ini. Perkongsiaan gambar beliau pun dah buat kita terliur nak makan dan buat sendiri di rumah. Jom tengok cara buat di bawah.


RESIPI PAIS TEMPOYAK IKAN PATIN BAKAR

pais tempoyak ikan patin

Bahan-bahan:

  • 1 ekor patin saiz sederhana – potong dua dan rendam dalam air tepung gandum selama 15 minit untuk hilangkan bau hanyir.

Bahan-bahan pes:

  • 6 sudu besar tempoyak asli
  • 1/3 inci kunyit hidup
  • 15 biji cili padi merah
  • 4 tangkai daun kesum
  • 1/2 batang bunga kantan – dihiris
  • 1 sdt garam
  • 1 sdt gula

Bahan balut:

  • Daun pisang – dilap bersih 
  • Aluminium foil

Cara-cara penyediaan:

1. Dalam bekas, masukkan semua bahan-bahan pes. Kacau bahan pes hingga sebati. Rasa sedikit untuk tahu cukup rasa pedas, masin dan manisnya.

2. Kemudian, letak ikan patin atas daun pisang yang dilapik dengan aluminium foil. Sapu rata adunan tempoyak. 

3. Perap kira-kira dua jam agar tempoyak meresap ke dalam isi ikan.

4. Selepas perap, bakar pada suhu 160C selama 10 hingga 15 minit sehingga ikan masak. Boleh bakar atas kuali dengan tutup penuh aluminium foil dan balikkan setiap 5 minit supaya ikan masak sekata. Siap untuk dihidang.


Petua tambahan:

  • Sebolehnya, jangan pakai blender tapi guna lesung batu untuk tumbuk asam keping dan cili padu. Sebab kita nak rasa yang pekat dan bau yang penuh aroma.
  • Guna lesung batu rasanya lebih pekat dan padu berbanding guna mesin pengisar!

Dah siap resipi pais tempoyak kita ni. Bukan susah nak buat pais ni. Senang nak buat, sedap dimakan! Jika kita suka tempoyak, boleh extrakan. Jika suka terlebih pedas boleh juga lebihkan cili padi. Mudah nak adjust ikut citarasa kita.

Sekali dah rasa, memang korang akan suka! Untuk yang baru nak belajar masak dan pasangan suka makanan kampung, boleh cuba buat ikan pais ni. Guna ikan apa yang ada pun boleh tak ada masalah!

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN