pais ikan bakar

Siapa disini penggemar pais ikan? Lebih-lebih lagi bila datang ke Kuantan, mesti nak mencari pais ikan bakar! Memang sedap terangkat lah ceritanya.

Tapi jangan risau, resipi hari ini MyResipi akan kongsikan cara membuat pais ikan bercili yang pastinya akan buat kecur air liur. Resipi yang seakan-akan di Kuantan, wajib anda cuba tau.

Jom kita tengok perkongsian oleh saudari Iza Abu Bakar melalui laman sosial Facebook beliau.

Baca juga: Resipi Bihun Goreng Udang Kering, Senang Macam Ini Barulah Mantap!

RESIPI PAIS IKAN BAKAR BERCILI 

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan jenahak (dibersihkan, dihiris belakangnya)
  • 4 biji bawang merah (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 tangkai cili merah (dikisar)
  • 3 cm kunyit hidup (dikisar)
  • 5 tangkai cili padi (dikisar)
  • 1 cawan kelapa parut (dikisar)
  • 1 batang serai (diambil bahagian dalamnya, dihiris halus)
  • 1 batang bunga kantan (dihiris halus)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 5 helai daun limau purut (dihiris halus)
  • Garam dan gula secukupnya
  • Daun pisang secukupnya

Cara masak:

1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi, kunyit hidup, dan kelapa parut.

pais ikan bakar

2. Masukkan gula dan garam secukupnya ke dalam bahan yang telah dikisar halus tadi.

3. Campurkan bahan yang dihiris halus ke dalam bahan yang telah dikisar. Gaul sehingga sebati.

4. Tabur sedikit garam pada ikan. Pastikan garam rata di seluruh ikan.

5. Letakkan ikan di atas daun pisang. Sumbat ikan dengan campuran bahan yang telah digaul rata tadi. Jika ada lebihan campuran bahan, letakkan di atas ikan.

pais ikan bakar

6. Balut ikan dengan daun pisang. Pastikan ikan dibungkus dengan kemas untuk mengelakkan bahan terkeluar semasa proses memasak.

7. Bakar ikan dalam pemanggang sehingga masak, kira-kira 15-20 minit.

8. Hidangkan dengan nasi panas. Nikmatilah hidangan ini bersama keluarga dan rakan-rakan!

Tips:

  • Selain daripada pemanggang tradisional, anda juga boleh menggunakan ketuhar dan aluminum foil untuk memasak ikan.
  • Anda boleh menggantikan jenis ikan dengan ikan kegemaran anda.

Sumber: Iza Abu Bakar

Baca juga: Popia Otak Otak, Ini Rahsia Jadikannya Sedap Dan Cepat Laku

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN