Categories: Resipi

Pai Epal Sukatan Cawan, Guna Cara MUDAH Dan Ringkas Ini

Jom cuba buat pai epal di rumah. Intinya memang seakan sama macam di McD.

Kalau buat sendiri di rumah, boleh buat dalam kuantiti yang banyak dan pelbagai bentuk seperti gambar di atas ini.

Anak-anak mesti lagi tertarik untuk makan. Cara penyediaannya juga sangat mudah kerana menggunakan sukatan cawan. 

Baca juga: Cinnamon Rolls @ Roti Gulung Kayu Manis Cara Mudah, Lembut Dan Gebu!

Ikuti perkongsian resipi daripada Cik Puan Viviana Rose di bawah. Pai ini sesuai untuk dijadikan bekal anak-anak atau untuk berkelah. Boleh buat dalam saiz kecil-kecil.


RESIPI PAI EPAL SUKATAN CAWAN

Apple pie seronok makan sambil tengok TV. Permintaan anak dara saya. Gigih mak dia susun bunga dan daun tu. 

Resipi doh ada dua yang biasa saya buat. Boleh pilih resepi doh yang sahabat suka. Inti boleh masak awal 2-3 hari pun tak apa yang penting simpan dalam peti sejuk dalam bekas kedap udara.

Nota: bahagian atas pie tu terpulang nak buat lubang ke, cucuk garfu ke, anyam ke atau buat apa-apa corak yang anda suka.


Doh Pai (pilihan 1)

Bahan-bahan:

  • 2 1/4 cup tepung kek and pastry
  • 2 TBS gula
  • 1/2 TSP garam
  • 1 cup butter sejuk (potong kecil)
  • 6 TBS air sejuk + 1 TBS jus lemon

Cara-cara:

1- Ayak tepung dan canpurkan gula dan garam. Kacau
2- Masukkan butter sejuk dan ramas-ramas dalam tepung.
3- Masukkan campuran air sejuk dan jus lemon dan pukul sekejap.
4- Bungkus doh dan rehatkan doh dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam.
5- Canai doh dan bentuk dalam acuan.
6- Isikan inti, tutup bahagian atas dengan baki doh dan buatkan lubang di bahagian atas dan sejukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 30 minit.
7- Sapukan telur di permukaan atas pie. Bakar 170°-180° selama 35-40 minit atau hingga masak.


Doh Pai (Pilihan 2)

Bahan-bahan: 

  • 3/4 cup butter/marjerin
  • 1/2 cup gula aising
  • 1 biji telur
  • 1 TSP esen vanila
  • 2 1/4 cup tepung gandum

Cara-cara: 

1- Pukul gula dan marjerin sekejap hingga gula dam marjerin sebati.
2- Masukkan telur dan esen vanila dan pukul sekejap
3- Masukkan tepung dan uli.
4- Rehatkan doh dalam peti sejuk 1-2 jam
5-  Canai dan bentuk dalam acuan
6- Isikan inti, tutup dengan baki doh dan buat lubang di bahagian atas. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 30 minit.
7-  Sapukan telur di bahagian atas pie dan bakar 170°-180° selama 35-40 minit atau hingga masak.


Bahan Inti: 

  • 3-4 cup epal (dadu atau hiris)
  • 2 TBS jus lemon
  • 1/4 cup gula perang (boleh kurang atau tambah ikut manis yg disukai)
  • 2 TSP serbuk kayu manis
  • 1/4 TSP serbuk buah pala (tak nak pun tak apa)
  • 1/2 TSP garam
  • 1/4 air
  • 1 1/2 TBS tepung jagung + 2TBS air

Cara-cara: 

1- Gaulkan epal dengan jus lemon dan masukkan gula perang,serbuk kayu manis,serbuk buah pala,air dan garam. Gaul sebati.
2- Masak dalam periuk hingga mendidih 4-5 minit.
3- Tambahkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga tepung jagung masak dan tutup api.
4- Sejukkan sebelum digunakan.


Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Puding Oren Karamel Saiz Cawan, Guna Kordial F&N Je, Memang Sedap!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago