Mari cuba bancuhan air oren sunquick ala vitagen ini. Bagi sesetengah orang, ada yang sanggup berkongsi mengenai minuman air oren di media sosial? Ya, memang patut berkongsi kerana rasanya yang begitu sedap!
Nak pula bila sudah masak juadah berbuka puasa yang sedap, tak lengkap rasanya jika tiada minuman penyejuk tekak setelah seharian berpuasa.
Baca juga: Air Laici Aiskrim Soda Resipi Mudah, Auto Hilang Dahaga Bila Minum!
Jadi, anda boleh cuba buat air oren yang hampir seperti rasanya seperti vitagen, sejenis minuman kultur yang popular di kalangan kanak-kanak. Bila diminum sejuk-sejuk, memang sedap tekak dibuatnya. Silap haribulan, mesti ketagih nak minum sampai licin satu jug!
Ikuti resipi yang dikongsi oleh @hungrybyemma ini, pastinya mampu membuatkan anak-anak terlupa nak minuman Vitagen lepas ini.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyedian:
1. Campurkan susu pekat dan oren sunquick dalam satu jug besar.
2. Tuang air panas dan kacau-kacau sehingga semuanya sekata.
3. Tahap kemanisan boleh agak-agak sendiri, ikut citarasa masing-masing. Nak buat kurang manis pun boleh, manis pun boleh.
4. Tambahkan air sejuk atau letak ais. Siap untuk diminum.
Video penuh:
@hungrybyemma Oren sunquick susu ala vitagen
Selamat mencuba!
Sumber: TikTok @hungrybyemma
Baca juga: Air Teh Kacukan Guna Resipi Chef Dave, Mengancam Tekak Dibuatnya!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…