ongol ongol

Kuih tradisional memang tidak pernah lapuk dek zaman. Sampai sekarang, Ongol Ongol menjadi pilihan ramai sebagai hidangan minum petang dan menariknya turut dikenali sebagai kuih tradisional popular di Indonesia.

Teksturnya yang kenyal dan lembut, digabungkan dengan penggunaan nanas segar, menjadikan rasanya lebih wangi, seimbang manis dan masam serta tidak muak.

Resipi kuih Ongol Ongol dikongsikan oleh Kak Ju Zainal di Facebook mendapat perhatian ramai kerana cara penyediaannya yang ringkas dengan hasil kuih yang cantik berlapis.

Baca juga: Cara Buat Kuih Sekaya Telur Pantai Timur, Lemak Manis & Sukar Ditemui Selain Bulan Puasa

RESIPI KUIH ONGOL ONGOL TRADISIONAL

ongol ongol

Bahan-bahan:

  • 200 gram gula
  • 600 ml air
  • 250 gram tepung ubi
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar
  • 1 biji nanas (dipotong kecil)
  • Sedikit garam
  • Pewarna makanan (ikut citarasa)

Cara-cara penyediaan:

1. Potong nanas kecil-kecil. Kisar bersama sedikit gula dan sedikit air yang diambil daripada sukatan 600 ml tadi. Ketepikan.

2. Dalam satu bekas berasingan, bancuhkan tepung ubi dan serbuk agar-agar bersama baki air sehingga larut.

3. Masukkan sedikit garam dan kacau adunan hingga sebati dan tidak berketul.

4. Masukkan nanas yang telah dikisar ke dalam bancuhan tepung tadi. Tambahkan baki gula.

5. Kacau rata sehingga adunan benar-benar sebati. Jika suka, titiskan sedikit pewarna makanan untuk hasil yang lebih menarik.

6. Panaskan loyang atau acuan di dalam pengukus terlebih dahulu.

7. Tuangkan satu lapisan adunan ke dalam loyang dan kukus selama kira-kira 10 minit sehingga lapisan masak.

8. Ulang proses menuang dan mengukus sehingga siap 4 hingga 5 lapisan.

9. Untuk lapisan terakhir, kukus lebih lama sedikit supaya kuih ongol ongol masak sempurna dan cantik berkilat.

10. Angkat dan biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong mengikut saiz kegemaran.

Tips supaya kuih ongol ongol cantik dan lembut:

  • Kacau adunan setiap kali sebelum menuang lapisan supaya tepung tidak mendap di bawah.
  • Pastikan air kukusan sentiasa mendidih untuk memastikan lapisan masak sekata.
  • Gunakan nanas yang benar-benar masak ranum untuk rasa lebih manis dan aroma semula jadi.

Menurut perkongsian mereka yang telah mencuba resipi ini, tekstur Ongol Ongol kekal lembut walaupun dibiarkan beberapa jam pada suhu bilik.

Kuih Ongol Ongol bukan sahaja sedap, malah tampil klasik dan elegan. Ia sangat sesuai dijadikan hidangan minum petang, juadah majlis kecil atau idea jualan kuih tradisional yang sentiasa mendapat permintaan.

Selamat mencuba!

Sumber: Kak Ju Zainal

Baca juga: Resepi Kuih Cucur Badak Warisan Sejak 70-an, Doh Lembut, Tahan Frozen & Sedap Digoreng

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN