Betul ke ada onde onde coklat? Ya betul, selalunya kita hanya jumpa satu jenis inti untuk kuih ini iaitu gula Melaka. Namun hari ini, kami akan kongsikan cara buat onde-onde coklat atau nama modennya choconde.
Tekstur lembut dari doh tepung pulut, inti coklat yang cair di dalam, serta rasa rangup dari nestum menjadikannya kombinasi yang unik dan buat anak teruja untuk mencuba.
Kita tetap menghargai kuih tradisi dahulu tetapi sekali sekala mencuba membuat sesuatu yang baru, apa salahnya? Jom tengok resipi perkongsian di bawah ini.
Baca lagi: Resipi French Toast Guna 2 Bahan, Mudah & Tak Serap Minyak!
Bahan-Bahan
Untuk Doh:
Untuk Inti:
Untuk Salut:
Cara-Cara Penyediaan:
1. Campurkan tepung pulut dengan Wonda Coffee sedikit demi sedikit.
2. Gaul adunan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Jika doh terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung.
3. Cubit sedikit doh dan gentelkan menjadi bulatan kecil.
4. Masukkan potongan coklat ke dalam doh dan tutup kembali sehingga inti tidak terlihat.
5. Ulang proses ini sehingga semua doh habis digunakan.
6. Untuk variasi, anda boleh menambahkan kacang, kuaci, atau campuran coklat lain untuk memberikan rasa yang lebih kaya.
7. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih.
8. Masukkan bebola choconde ke dalam air mendidih. Tunggu sehingga bebola timbul di permukaan air; ini menandakan ia sudah masak.
9. Angkat bebola dan toskan.
10. Setelah choconde ditoskan, golekkan ke dalam Nestum sehingga keseluruhan permukaannya disalut dengan rata.
11. Ulang sehingga semua choconde siap.
Tip:
Sumber: Shida Ambok
Baca lagi: Spaghetti Tomyam Pedas Creamy, Resipi Senang Je Tapi Sedap Terangkat!
Malaysia memang syurga makanan. Apa saja yang viral dari luar negara, pasti ramai yang sanggup…
Biasa kita buat jeruk asam boi je bila dapat pelam muda dan kedondong, kan? Kali…
Tomyam adalah hidangan popular yang digemari ramai, terutama pencinta masakan berasaskan sup yang pedas dan…
Siapa yang pernah makan di Sugarbun pasti tahu betapa sedapnya Nasi Sugarbun yang terkenal dengan…
Jika rumah anda dipenuhi daun kaduk, inilah peluang terbaik untuk mencuba sesuatu yang unik dan…
Siapa sangka, sebuah keluarga boleh meraih pendapatan lebih RM2 juta setahun hanya dengan menjual makanan…