Bagi penggemar coklat, mari cuba buat Nutella French Toast untuk sarapan. Mesti anak-anak dan pasangan teruja dan ceria di pagi hari.
Ia adalah hidangan yang diperbuat daripada roti yang dicelup dalam campuran telur, susu, dan biasanya dibuat dengan tambahan Nutella sebagai bahan pengisian. Ini adalah variasi hidangan roti bakar Perancis klasik yang dikenali sebagai “pain perdu” di Perancis.
Baca juga: Piza Roti Tanpa Bakar, Resipi Guna Roti Buku Ini Dapat 4.4K Shares!
Dalam hidangan ini, roti putih pekat dicelup dalam campuran telur, susu, dan mungkin sedikit ekstrak vanila untuk memberikan rasa dan kelembutan tambahan.
Kemudian, sekeping roti digaul dengan Nutella atau sapuan coklat-hazelnut lain sebelum digoreng sehingga perang di atas kuali atau griddle dengan sedikit mentega atau minyak. Menariknya!
Ikuti resipi mudah dari perkongsian @heyitsfatam ini.
RESIPI NUTELLA FRENCH TOAST
Nutella lovers sila hadirkan diri. Jom kita buat nutella french toast ini. Guna 5 bahan saja tapi sedap macam makan dekat cafe.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Roti buku
- Nutella
- Telur
- Gula
- Serbuk cinnamon
Cara-cara penyediaan:
1. Ambil dua keping roti.
2. Sapu Nutella pada sekeping roti.
3. Apitkan dengan sekeping lagi roti.
4. Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk.
5. Letakkan sedikit serbuk kayu manis dan sedikit garam. Kacau kesemua bahan.
6. Kemudian celupkan roti tadi kedalam campuran telur tadi selama seminit.
7. Masukkan mentega ke dalam kuali dan goreng roti tersebut.
8. Ulang langkah yang sama untuk dua keping roti.
9. Susun keempat-empat roti yang siap dimasak secara bertindih.
10. Setelah siap dimasak, boleh sedia untuk makan.
Selamat mencuba resipi mudah untuk bersarapan ini.
Sumber: @heyitsfatam
Baca juga: Kenali Warna Tag Pada Bungkusan Roti Di Pasaran, Patutlah Berbeza!