Categories: Resipi

Nugget Goreng Balado Style Hazwan Ramli, Resipi SIMPLE Dan Enak!

Mari cuba resipi nugget goreng balado menggunakan cara Hazwan Ramli ini. Sesuai untuk dijadikan menu bersahur, makan tengah hari dan juga malam. 

Hidangan ini sesuai buat anda yang sibuk dengan aktiviti harian dan masih lagi boleh menyediakan lauk yang sedap dan ringkas ini. 

Baca juga: Elak 5 Makanan Ini Ketika Bersahur, Tak Sampai Separuh Hari Dah Lapar

Cara untuk membuatnya pun mudah, anda hanya perlu nugget yang digoreng terlebih dahulu. Kemudian, dimasak dengan sambal balado yang pedas. Jika anda berminat untuk mencuba, berikut adalah resipi nugget goreng balado dari Hazwan ini.

RESIPI NUGGET GORENG BALADO STYLE HAZWAN RAMLI

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Mula-mula, masakkan 12 ketul nugget tempura di dalam air fryer dan setkan suhu 180 Celcius kira-kira 15 minit.

2. Untuk bahan menumis pula, campurkan bawang besar, cili merah, bawang putih, dan cili hijau ke dalam pengisar. Kisar bahan dengan halus.

3. Selepas bahan menumis sudah dikisar, panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan tadi sehingga terbit minyak.

4. Masukkan serai yang sudah dipotong tiga, kiub ayam, sos tiram, perahan jus lemon, garam, gula, dan secukup rasa. Jika rasa tak cukup, boleh adjust lagi dengan garam dan gula.

5. Bila rasa sudah cukup mengikut citarasa, tambahkan nugget yang sudah dimasak tadi dalam air fryer.

6. Gaulkan ia bersama sambal tadi sehingga kering dan meresap ke dalam nugget tersebut. Tutup api dan siap untuk dihidang.

Nak lebih sedap lagi, boleh gorengkan telur mata ikut citarasa masing-masing sebagai lauk kedua. Selamat mencuba.

Video penuh:

@hazwanramli

Ep 1 : Nugget Masak Balado 🤤🍗🍚 Resepi ni sangat lah senang, selain sahur kalau aku malas masak memang buat ni je untuk lunch atau dinner. Sangat sesuai untuk yang busy and tak banyak masak di dapur. Selamat mencuba guys ✨ Bahan-bahan : 1/2 bawang besar 4 btg cili merah 4 ulas bwg putih 4 btg cili padi hijau 1 barang serai 1/2 kiub ayam 1 sudu sos tiram 1 sk jus lemon 1/2 sk garam 1/2 sk gula Secubit secukup rasa Nugget Tempura (12 ketul) #hazwancooks #nuggetbalado #kongsibersama #kongsiselera

♬ original sound – hazwanramli – hazwanramli

Sumber: TikTok Hazwan Ramli

Baca juga: Sup Cendawan Berkrim, Sedap Dimakan Bersama Garlic Bread Untuk Juadah Sahur

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago