Kalau pergi pasaraya baik tesco atau Mydin ke, mesti ambik nugget tempura ayam. Tak kisah lah apa-apa brand sekali pun mesti akan laju je habis licin. Macam saya suka makan dua jenama je iaitu Ramly atau Lotus.
Bukanlah tak suka jenama lain tapi belum pernah rasa. Mana tahu bila dah rasa akan suka kan. Macam baru-baru ni, tersuka pulak bila buat nugget tempura homemade ni. Memang dapat banyak walaupun guna ayam sikit je.
Artikel berkaitan: Sosej Ayam Homemade, Tambah Sayur Ini, Lebih Sihat Anak-anak Makan!
Untuk yang ada anak-anak kecil memang akan seronok lah sebab biasanya anak-anak akan suka makan nugget tempura ni. Resepi yang dikongsikan oleh Nahar Efendy Noordin ini simple dan mudah yang boleh kita ikut.
Kalau ada isi ayam bahagian isi lebih mudah nak sediakan. Tapi kalau tidak ada bahagian isi, agak susah sikit lah sebab nak buat nugget tempura ni hanya gunakan ayam bahagian isi sahaja.
Bahan-bahan:
Cara penyediaannya:
1. Mula-mula sekali, kisar semua bahan di atas kecuali tepung serbaguna. Kisar sampai semua bahan hancur dan sebati. Kemudian, sapurkan minyak atau marjerin dalam loyang.
2. Masukkan bahan kisar, tuang ke dalam loyang. Kukus semalam lebih kurang 30 minit atau sehingga masak sempurna.
3. Dah siap kukus, angkat dan potongkan kepada potongan yang kecil. Terpulang kepada kita nak besar mana dan saiz berbentuk apa.
4. Sementara tu, bancuh tepung serbaguna dengans edikit air. Jangan terlalu likat dan jangan terlalu cair.
6. Bila dah bertukar warna keperangan, boleh angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan dengan sos cili.
Kalau buat nugget tempura ni memang berebut dengan anak-anak. Makan dengan nasi panas pun layan tau. Ada yang nak Tarik minat anak-anak boleh buat bentuk love, bentuk segi tiga atau ikut kreativiti masing-masing.
Senang dan simple jugak lah nak buat nugget ayam tempura ni. Nak buat untuk berkelah atau majlis makan-makan sesuai buat sendiri nugget tempura ni. Disebabkan isi nya sudah dikukus, jadi time goreng tak perlu lama. Sekadar rangupkan bahagian luar sahaja.
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…