Ramai antara kita yang mengambil peluang untuk merasai pengalaman menjamu selera di restoran terkemuka tersebut walaupun harga sepinggan hidangan yang boleh dikatakan agak mahal untuk sesetengah orang.
Ia termasuk jugalah selebriti tanah air kita seperti Nora Danish yang sangat teruja untuk merasai sendiri makanan viral dunia yang sebelum ini hanya mampu dilihat di media sosial sahaja.
Baca juga: Cara Buat Beef Wellington Versi Mudah & Halal
Dia telah berkongsi pengalamannya bersama keluarga di laman Instagram rasmi yang menampilkan beberapa hidangan makanan seperti Steak Tartare, dan Beef Wellington. Min pun meleleh air liur fuhh!
Niat nak berkongsi keterujaan tapi lain pula jadinya. Posting tersebut telah menerima perhatian ramai netizen dimana ramai antara mereka telah mempersoalkan status halal restoran tersebut.
Secara umumnya, restoran mewah tersebut jelas menghidangkan alkohol dan arak di dalam sesetengah makanan.
Berdasarkan komen-komen yang ditinggalkan netizen, ramai yang meragui status halal restoran berkenaan terutama apabila menu daging dihidangkan bersama sos wain merah.
Namun, ada juga daripada mereka yang menegaskan bahawa semua hidangan di restoran tersebut adalah pork-free dan kesemua jenis daging adalah daripada pembekal yang halal.
Sebelum ini, pihak JAKIM pernah menyatakan bahawa mana-mana gerai makan atau restoran tidak akan menerima sijil halal sekiranya menjual minuman beralkohol di premis mereka walaupun tidak dicampurkan ke dalam sesebuah hidangan.
Bak kata orang, kalau dah ragu-ragu baik kita elakkan, ye dok?
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…