nasi sugarbun

Siapa yang pernah makan di Sugarbun pasti tahu betapa sedapnya Nasi Sugarbun yang terkenal dengan kelembutan nasi dan rasa yang memikat.

Kadang-kadang, rasa tak cukup dan teringin nak tambah lagi sebab memang tak puas makan!

Jadi, kali ini MyResipi nak kongsikan resipi Nasi Sugarbun versi homemade yang mudah dan pasti memuaskan selera.

Baca juga: Nasi Goreng Orang Dulu-Dulu, Resipi Legend Ini Memang Sedap Lain Macam

RESIPI NASI SUGARBUN

nasi sugarbun

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 5 batang sosej, potong dadu
  • 3 sudu besar Planta
  • 3 cawan beras, cuci
  • Daun pandan
  • Kismis (ikut suka)
  • Garam
  • 1 kiub ayam
  • Serbuk kunyit
  • 1 sudu besar Planta (untuk tambah)

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumis sosej dan 3 sudu Planta hingga garing.
  2. Masukkan beras yang telah dicuci, tumis lagi selama 2 minit. Tutup api.
  3. Pindahkan semuanya ke dalam periuk nasi. Tambahkan daun pandan, garam, serbuk kunyit, kiub ayam, kismis dan 1 sudu Planta.
  4. Tambahkan air secukupnya (guna sukatan jari seperti biasa).
  5. Tekan periuk nasi dan biarkan masak.
  6. Setelah masak, gaul nasi supaya sekata dan biarkan sejuk sedikit untuk mengeringkan nasi.

Siap! Sedia dinikmati dengan ayam goreng dan acar timun. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Azie Nur’Auni Shbini

Baca juga: Cara Masak Nasi Lemak Pandan Paling Mudah, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN