Anda pernah cuba nasi planta safron? Hidangan ini kaya dengan rasa berlemak dan aroma wangi daripada safron juga rempah tumisannya. Sesuai untuk dijadikan sajian utama pada hari istimewa atau ketika ingin memanjakan keluarga dengan hidangan yang lain dari lain.

Selain itu, jika ingin nasi yang lebih berlemak, tambahkan sedikit lagi planta ketika nasi hampir masak. Rasa lemak manisnya digabungkan dengan tekstur nasi yang gebu menjadikan hidangan ini sesuai dihidangkan bersama lauk-pauk kegemaran anda.

Jom cuba resipi yang ‘kaya’ ini!

Baca lagi: Resipi Pancake Anti-Gagal & Elok Kejadiannya, Lembut Bak Kapas!

RESIPI NASI PLANTA SAFRON

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras (cuci dan toskan)
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • Sedikit saffron (rendam dalam sedikit air)
  • 3 sudu besar planta
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning (untuk memberi warna menarik pada nasi)

Bahan Tumisan:

  • 1 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 2 inci halia (dihiris halus)
  • 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)

Hiasan:

  • Daun pudina segar
  • Bawang goreng
  • Badam goreng (hiris nipis)

Cara-cara Penyediaan:

1. Panaskan planta dalam kuali dan tumiskan bawang merah, halia, dan 3 sekawan sehingga naik bau wangi. Kemudian, masukkan daun pandan yang telah disimpul. Tumis hingga keperangan.

2. Setelah bahan tumisan wangi, tuangkan ke dalam periuk nasi yang mengandungi beras, air, dan susu cair. Masukkan juga air rendaman saffron bersama setitis dua pewarna kuning untuk warna yang lebih menyerlah.

3. Tambah secubit garam untuk menyedapkan rasa nasi. Kacau sedikit bahan dalam periuk untuk memastikan semuanya bercampur dengan sekata.

4.  Tekan butang ‘masak’ pada periuk nasi dan biarkan nasi masak dengan sempurna. Apabila nasi sudah masak, gunakan chopstik atau senduk bergerigi untuk menggemburkan nasi agar tidak berketul.

5. Setelah nasi siap, taburkan bawang goreng, badam goreng yang dihiris nipis, dan daun pudina di atas nasi sebagai hiasan.

Selamat mencuba!

Sumber: Min Meena Manjalara

Baca lagi: Kek Marjerin Semudah 5 Langkah, Mak-Mak Lagi Suka Versi Cantik Begini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN