Categories: Resepi

Nasi Goreng Ketam Viral Ala Thai, Menu Tak Ada Jual Di Kedai, Boleh Cuba Di Rumah

Kalau ada lebihan nasi sejuk, jom cuba buat Nasi Goreng Ketam Viral Ala Thai Ini. Dekat Malaysia tak ada yang menjual, jadi kita buat sendiri di rumah.

Resipi ini sangat mudah untuk dibuat, hanya campak sahaja bahan dalam kuali dan goreng. Yang dah pernah pergi Thailand mesti rindukan nasi goreng ini. Al-maklumlah, negara jiran punya style padu beb.

Baca juga: Pelbagai Resipi Nasi Goreng Di Sini

Bahan wajib adalah nasi putih dan isi ketam. Bahan lain yang wajib ada dalam masakan Thai juga ialah penggunaan serbuk cili.

Dengan adanya serbuk cili, aroma masakkan akan lebih menyengat. Wajib juga menggunakan cili api. Dimana masakkan Thai cukup terkenal dengan rasa pedas dan masamnya. Begitu juga dengan resepi nasi goreng Thai ini.

Dengan mengikuti perkongsian resipi asal oleh Fizalgk, korang dapat menikmati nasi goreng ketam viral ala-ala kedai makan di Thailand yang tak kurang sedapnya. Hidangan ini juga lengkap dengan sayur-sayuran.


RESIPI NASI GORENG ALA THAI

Portion hidangan: seorang makan

Bahan-bahan: 

  • 2 sudu besar minyak masak ⠀
  • 4 ulas bawang putih di cincang ⠀
  • 1 biji telur ⠀
  • 2 cawan nasi sejuk – di peroi ⠀
  • 1/2 cawan isi ketam yang di rebus⠀
  • 2 sudu teh kicap cair ⠀
  • 1 sudu teh kicap sotong ⠀
  • ½ sudu teh gula⠀
  • 1/2 sudu teh lada sulah ⠀
  • 1 tangkai daun bawang di hiris nipis⠀
  • Sedikit serbuk cili Thai ⠀
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak di dalam kuali besar dengan api yang sederhana. Masukkan minyak masak dan tumis bawang putih hingga berubah warna, pecahkan pula telur sambil di kacau.⠀
2. Masukkan nasi dan isi ketam dan kacau sebentar.⠀
3. Masukkan kicap sotong, kicap cair, gula, lada sulah dan kacau lagi sehingga semua bahan bercampur dan sebati.⠀
4. Masukkan daun bawang dan kacau sekadar bercampur dan matikan api. Hidangkan dengan serbuk cili Thai, potongan limau dan cili padi.⠀

5.  Untuk topping macam dalam gambar, goreng telur add-on secara berasingan dan tambahkan isi ketam. Dah siap!


Nak tunggu travel ke sana pun tak tahu bila. Jadi, baik masak sendiri dirumah. Lebih jimat. Nak masak banyak mana pun boleh. Nak tambah bila nasi dah habis sepinggan pun boleh.

Kat rumah takde siapa yang larang. Kalau ada lebihan nasi putih, pelbagai resipi nasi goreng yang ada boleh korang cuba. Termasuklah resipi enak ini.

Selamat mencuba!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago